Tuesday 6 May 2014

Sukan XII : Perlawanan Paling Magis Di BPL



Semalam 6 Mei 2014, percaya atau tidak Liverpool yang ingin melakar sejarah untuk menjulang BPL musim ini nampak suram apabila mendahului Crystal Palace 3-0 di separuh masa kedua akhirnya berkesudahan seri 3-3. Kredit harus diberikan kepada tuan rumah iaitu Crystal Palace yang berjaya mengikat Liverpool. Pada minit ke-18, J. Allen meletakkan Liverpool didepan. Kemudian pada minit ke-53, Daniel Sturidge menjaringkan gol kedua Liverpool. Luis Suarez menambah jaringan selang 2 minit kemudian menjadikan kedudukan 3-0. Usaha tangga kejayaan, itulah taktik yang digunakan oleh Crsytal Palace. Minit ke-79, Crystal Palace merapatkan jurang jaringan. Selang 2 minit kemudian, Crystal Palace mendapat gol kedua hasil jaringan D. Gayle. Pada minit ke-88 di hujung-hujung perlawanan, D. Gayle muncul wira Crystal Palace telah menjaringkan gol penyamaan [3-3]. Sehinggalah tamat perlawanan, keputusan berkesudahan 3-3. Dengan keputusan ini, Manchester City berpeluang juara BPL buat kali kedua dengan syarat menang perlawanan menentang Aston Villa dan West Ham United. Perlawanan semalam pengkaji menyifatkan adalah perlawanan yang paling magis di BPL musim ini.


No comments:

Post a Comment