Wednesday 7 May 2014

Info IV : Ada-Ada Aje II



Hari ini, pengkaji meneruskan penceritaan ruangan info ini. Apa yang anda tahu hari ini ? Ha!, kita mesti tahu apa yang kita tidak tahu supaya kita beritahu kepada orang yang tidak tahu, dan orang yang tidak tahu dapat tahu. Ada-ada aje. Tahukah anda bahawa :
  1. Belut : Seekor belut boleh menghidupkan sebuah peti televisyen.
  2. Burung Hantu : Burung Hantu adalah satu-satunya burung yang boleh menurunkan kelopak mata bahagian atasnya untuk berkedip. Burung-burung yang lain mengangkat kelopak mata di bahagian bawah.
  3. Ulat Sutera : Seekor ulat sutera mampu memintal benang sutera hampir 2 km panjangnya.
  4. Paddy : Perkataan Paddy merupakan salah satu perkataan Bahasa Inggeris yang asalnya dipinjam dari Bahasa Melayu. Paddy diambil dari perkataan padi yang membawa maksud padi juga.
  5. Warga Amerika : Rata-rata setiap warga Amerika menggunakan 53.07 kg kentang, 52.62 kg daging, 46.36 kg sayur-sayuran segar, 32.29 kg buah-buahan dan 286 biji telur per tahun.
  6. Telur Burung Unta : Sebiji telur burung unta bersamaan dengan 24 telur biji ayam.
Ada-Ada Aje


No comments:

Post a Comment