Thursday 8 May 2014

BPL : Manchester City Hanya Perlukan Seri Untuk Juara



Semalam, Manchester City telah memanafaatkan perlawanan di mana mereka telah menewaskan Aston Villa dilaman sendiri dengan jaringan 4-0. Pada minit ke-64, Edin Dzeko meletakkan Manchester City didepan. Minit ke-72, sekali lagi Edin Dzeko meledak gol kedua. Jovetic menambah jaringan pada minit ke-89. Pertahanan Manchester City iaitu Yaya Toure telah meledak gol keempat pada masa kecederaan. Dengan kemenangan itu, Manchester City berpeluang besar untuk menjuarai BPL musim ini dan hanya memerlukan seri berhadapan dengan West Ham United dilaman sendiri pada perlawanan akhir BPL hujung minggu ini. Manakala Liverpool pula mengharapkan kekalahan atau kesilapan dari Manchester City. Mereka perlu menang di perlawanan ke-38 BPL sambil mengharapkan kekalahan dari Manchester City. Mampukah Manchester City menjulang BPL musim ini buat kali ke-2 ?


No comments:

Post a Comment