Wednesday 7 May 2014

Info III : Ada-Ada Aje



Kehidupan kita ini bukannya selalu mendung, kadang-kadang pelangi. Dalam ruangan info ini, pengkaji cuba menyampaikan info dalam bentuk yang santai. Apa cerita hari ini ? Kalau tak ada cerita, kita ceritakan yang kita tiada cerita. Itu juga merupakan cerita. Ada-ada aje. Oh ya!, percaya atau tidak, inilah realitinya. Tahukah anda bahawa :
  1. Page : Perkataan page pada istilah page rank bukanlah berasal dari perkataan page yang bererti halaman, tetapi berasal dari nama kedua penciptanya iaitu Larry Page.
  2. Stanisiawa Walaseiwlcz : Beliau merupakan anak kelahiran negara Poland yang memenangi acara lumba lari 100 meter di Sukan Olimpik 1932 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan menjadi atlet wanita pertama yang melepasi had masa 12 saat.
  3. Arab Saudi : Penduduk Arab Saudi adalah pengguna minyak wangi terbanyak di dunia per kapita, iaitu sekitar 0.95 liter bagi setiap orang, lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
  4. Tibet : Sekitar tahun 1950-an, orang-orang Tibet membawa mayat mereka ke bukit, memotong-motongnya hingga kecil dan memberikannya kepada burung-burung sebagai makanan.
  5. Lintah : Lintah pertama kali digunakan dalam dunia perubatan sekitar 2500 tahun yang lalu. Air liur lintah mengandungi zat yang mencegah pengentalan darah manusia.
  6. Gajah : Seekor gajah dapat menghabiskan sekitar 227 kg rumput dan 227 liter air dalam sehari.
"Ada-ada aje"


No comments:

Post a Comment