Monday 20 January 2014

Novel Magis Gabriel Garcia Marquez : Sumpah 7 Keturunan


Pada tahun 1971, karya Gabriel Garcia Marquez sebuah epik realisme magis yang sangat popular di seluruh dunia. Novel ini begitu indah lagi mempersonakan sehingga sesiapa yang pernah menelaahnya tiada lagi perasaan untuk membaca novel lain (Majalah Mastika, 2013). 

Keasyikan membaca 100 years of Solitude yang telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertajuk Sumpah 7 Keturunan, menyebabkan Akademi Kesusateraan Sweden memilihnya sebagai pemenang Anugerah Nobel Sastera pada tahun 1982 (Majalah Mastika, 2013). Novel-novel Marquez menggabungkan realisme dan fantasi dalam satu khayal hasil refleksi kehidupan dalam masyarakatnya. Kesukaran memahami karya magis ini sama juga kepada pembaca yang pernah membaca novel Ulysses karya James Joyce (Majalah Mastika, 2013).

Mahakarya ini diterbitkan pada tahun 1967 bertajuk Cien Anos de Soledad telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seluruh dunia menggambarkan kebangkitan dan kejatuhan sebuah kota yang bernama Macondo. Setiap watak yang diketengahkan oleh Marquez sebenarnya cerminan apa yang berlaku kepada senario Columbia era awal 1850-an sehingga 1950-an (Majalah Mastika, 2013).

Plot cerita ini mengikut 7 keturunan salasilah Jose Arcadio Buendia dan Ursula Iguaran, yang disusun secara kronologi mengikut peredaran masa selama 100 tahun. Watak-watak yang diwakili seperti Aureliano Segundo, saudara kembar Jose Arcadio Segundo yang hidup dalam kemewahan dan pembaziran terpaksa menghadapi kesusahan setelah ditimpa bencana hujan dan banjir selama 4 tahun. Watak-watak ini yang mewakili negara Columbia yang mewah pada suatu ketika, tetapi mengalami kemelesetan ekonomi setelah ditimpa bencana. Marquez dikatakan amat rapat dengan mantan Presiden Cuba, Fidel Castro dan pernah meminta pendapat negarawan itu berhubung karya-karya yang hendak ditulisnya.


Rujukan :

Majalah Mastika, 2013. Novel Magis Marquez. Halaman 55.



No comments:

Post a Comment