Saturday 25 January 2014

Cuaca : Sejuk Hingga Akhir Bulan

Harian Metro - 26/1/2014 : Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan fenomena cuaca sejuk akan berterusan dengan purata suhu minimum serendah 21 hingga 22 darjah celsius di daerah tertentu sehingga penghujung Januari ini. Antara kawasan yang masih merekodkan suhu sejuk itu ialah Kuala Krai, Alor Star, Baling, Johor Bahru, Batu Pahat, Sibu, Mulu, Butterworth dan Perai.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional Muhammad Helmi Abdullah berkata, meskipun cuaca sejuk itu berterusan, kesannya akan berkurangan menjelang awal bulan Februari. "Suhu minimum dicatatkan itu tidak keterlaluan, semuanya akan kembali normal secara beransur-ansur awal minggu depan. Fenomena ini bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan, ia berlaku berikutan tempias musim sejuk di China," katanya ketika dihubungi semalam. Muhammad Helmi berkata, orang ramai juga tidak harus mempercayai bulat-bulat pelbagai maklumat mengenai perubahan cuaca yang tidak berasas di Internet. "Dapatkan maklumat melalui agensi yang disahkan kredibilitinya, kalau di negara kita, rujuk Jabatan Meteorologi Malaysia. Begitu juga jika ia berlaku di negara luar, rujuk pihak sepatutnya seperti di Indonesia rujuk kepada Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika," katanya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan suatu terendah di kawasan tanah rendah negara ini yang direkodkan oleh 39 stesen jabatan itu adalah 17.5 darjah celsius di Kuala Krai. Stesen kajian turut merekodkan suhu minimum tertinggi di daerah Mersing, Johor dengan bacaan 24.7 darjah celsius. Secara purata, suhu minimum mingguan kawasan tanah rendah yang diawasi merekodkan bacaan antara 19 hingga 24 darjah celsius.


Rujukan :

Harian Metro. 2014. Sejuk Hingga Akhir Bulan. Halaman 7.



No comments:

Post a Comment