Saturday 25 January 2014

Ekonomi : Harga Ikan dan Sayur Peria naik RM1 (sekilogram)

Harian Metro, Keningau - 26/1/2014 : Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu hingga beberapa kawasan dilanda banjir mengakibatkan kenaikan harga ikan dan sayur di daerah ini. Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil daerah Keningau Hamira Abdullah berkata, harga sayur peria didapati meningkat kira-kira RM1 untuk setiap sekilogram.

"Kenaikan harga mungkin disebabkan musim hujan selain ada jalan raya terputus hubungan akibat banjir yang menjadi punca penjual mengalami kekurangan bekalan. Jika pembekal mampu mengedarkan bekalan seperti biasa, kami yakin harga barangan mentah ini kembali seperti biasa," katanya.

Hamira berkata, apa yang merunsingkan adalah peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila barang jualan rosak begitu sahaja selepas gagal dijual. Namun, bekalan seperti terung, kacang buncis, timun dan labu dijual pada harga biasa iaitu RM1.70 sekilogram kecuali sayur peria yang dijual sekitar RM2.70 sekilogram," katanya.

Pengerusi Persatuan Meja Ikan Pasar Umum Keningau, Busu Ungkalis berkata, musim hujan turut menyumbang kepada kekurangan bekalan ikan di pasar itu.


Rujukan :

Harian Metro. 2014. Ikan, Sayur Naik RM1 sekilogram. Halaman 14.


No comments:

Post a Comment