Wednesday 8 July 2015

Sekilas Pandang III : Hang Jebat vs Hang Tuah


Apabila kita meneliti kisah sejarah silam, kita akan menemui fakta. Menurut A. Samad Ahmad dalam karyanya yang berjudul Sulalatus Salatin [Sejarah Melayu] muka surat 141-142 yang berbunyi :

Belas pula mendengar Hang Tuah baharu lepas daripada pasungannya, berdiri lagi belum tetap baik, maka ia bertikam itu kemamar-kemamar bahasa lakunya. Maka keris Hang Tuah tertikam pada dinding istana itu, lekat kerisnya; maka hendak ditikam oleh Hang Jebat, maka kata Hang Tuah, "Adakah adat lelaki orang demikian ?" Jika engkau sungguh lelaki, berilah aku menanggalkan kerisku dahulu," Maka kata Hang Jebat, tanggalkan kerismu. Maka Hang Tuah pun menanggalkan kerisnya, diperbaikinya. Maka bertikam pula ia dengan Hang Jebat, dua tiga kali keris Hang Tuah tertikam kepada tiang dan dinding. Disuruh oleh Hang Jebat tanggalkan.

Jika kita menganalisis fakta di atas, maka :
  1. Mengapa Hang Jebat membenarkan Hang Tuah menanggalkan kerisnya di tiang dan dinding beberapa kali ? kerana Hang Jebat tidak sanggup membunuh rakan seperjuangannya yang dianggapnya sebagai abang kandung.
  2. Mengapa Hang Tuah beria-ia membunuh Hang Jebat ? kerana Hang Tuah mendapat titah dari Sultan Melaka yang Hang Jebat adalah derhaka.
  3. Mengapa Hang Jebat menentang Sultan Melaka ? kerana Hang Jebat menentang kezaliman raja. "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah."
Kesimpulan ; Sebenarnya, Hang Jebat boleh bunuh Hang Tuah walaupun Hang Tuah menggunakan tipu muslihatnya.


Rujukan :

A. Samad Ahmad. 2008. Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



No comments:

Post a Comment