Monday 6 July 2015

Sekilas Pandang Tahun 2008 : Kisah Presiden Pakistan Enggan Letak jawatan


Pada suatu ketika dulu, Presiden Pakistan Pervez Musharraf menyatakan bahawa beliau tidak akan sekali-kali meletak jawatan walaupun diberi tekanan hebat. Pengkaji memetik kisah itu melalui Utusan Online pada 11 Ogos 2008. Berikut adalah laporan akhbar berkenaan :

ISLAMABAD 11 Ogos 2008 : – Presiden Pakistan, Pervez Musharraf tidak akan meletak jawatan, kata jurucakapnya, Rashid Qureshi.

Ketika ini, kerajaan campuran di peringkat akhir untuk melancarkan prosiding bagi mendakwa sekutu Amerika Syarikat (AS) itu di Parlimen.

Dewan Perhimpunan Kebangsaan Pakistan dijadual akan bersidang bagi memberikan tekanan kepada bekas jeneral itu, walaupun ia dijangka tidak akan memulakan prosiding pendakwaan sehingga hujung minggu ini.

“Tiada sebab untuk beliau meletakkan jawatan. Apa yang mereka katakan adalah salah, jadi kenapa perlu beliau meletakkan jawatan,” kata Rashid kepada AFP.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai rancangan Pervez bagi menghadapi kemungkinan prosiding itu.

Pervez mempunyai pilihan bagi mengelak prosiding itu antaranya membubarkan Parlimen atau mengisytiharkan darurat.

Kenyataan Rashid itu adalah yang pertama daripada pihak Pervez sejak kerajaan campuran mengumumkan akan memulakan prosiding pendakwaan bagi menyingkirkan beliau selepas sembilan tahun berkuasa.

Sementara itu, seorang anggota Parti Rakyat Pakistan (PPP), Farzana Raja berkata, jawatankuasa pendakwaan hampir menyelesaikan tugas mereka.

Apa akan terjadi dengan Pervez selepas itu ?


Rujukan : 

Utusan Online 2008. Presiden Pakistan Enggan Letak Jawatan.



No comments:

Post a Comment