Monday 8 June 2015

Pengurus Real Madrid Dipecat


MADRID - 26 Mei 2015 : Real Madrid memecat jurulatihnya, Carlo Ancelotti, hari ini, selepas membimbing kelab gergasi Sepanyol itu menjulang trofi ke-10 Liga Juara-Juara Eropah pada edisi 2013/14 musim lalu.

Presiden kelab, Florentino Perez, berkata pengganti Ancelotti akan diumumkan minggu depan. Real gagal memenangi sebarang trofi utama musim ini, menamatkan saingan La Liga Sepanyol di kedudukan kedua, dua mata di belakang Barcelona dan tewas kepada Juventus di separuh akhir Liga Juara-Juara. Antara sebab lain adalah penyingkiran Real dalam saingan Piala Raja Sepanyol kepada musuh tetangga, Atletico Madrid. “Saya mengumumkan yang ahli Lembaga Pengarah sudah mengambil keputusan untuk melepaskan Carlo Ancelotti sebagai jurulatih Real Madrid,” kata Perez dalam satu sidang media selepas mesyuarat di Santiago Bernabeu.

Menurut Perez, ia adalah “keputusan paling sukar” Penyerang bintang, Cristiano Ronaldo turut menunjukkan sokongannya terhadap jurulatih terbabit dengan memaparkan gambarnya bersama Ancelotti di akaun Twitter. Jurulatih Napoli, Rafa Benitez yang pernah menjadi jurulatih pasukan remaja di Real dikatakan antara calon popular menggantikan Ancelotti.


Rujukan :

The Rakyat Post 2015. Carlo Ancelotti Dipecat.



No comments:

Post a Comment