Monday 22 June 2015

Ada-Ada Aje V : Nombor 7 Adalah Nombor Yang Unik

Apa cerita hari ini ? Kalau tak ada cerita kita ceritakan yang kita tiada cerita, itu juga merupakan cerita, Ada-ada aje. Ha! Tahukah anda bahawa nombor 7 adalah nombor yang paling unik. Tentu anda tidak percaya, bukan ? Jom kita selongkar apa yang ada dengan angka 7.
  1. Allah telah menjadikan 7 warna pelangi
  2. Allah telah menjadikan 7 HARI dalam seminggu.
  3. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN langit
  4. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN bumi.
  5. Allah telah menjadikan 7 AYAT dalam surah Al-Fatihah.
  6. Allah telah menjadikan 7 KALI putaran TAWAF mengelilingi kaabah.
  7. Allah telah menjadikan 7 KALI SA’I antara Bukit Shafa dan Marwah.
  8. Allah telah menjadikan 7 PINTU SYURGA.
  9. Allah telah menjadikan 7 PINTU NERAKA.
  10. Allah telah menjadikan 7 PENGHUNI GUA yang tidur selama lebih 309 tahun di dalam Gua (Surah Al-Kahfi)
  11. Allah telah menjadikan 7 ANGGOTA SUJUD dalam solat (2 kaki,2 lutut,2 tapak tangan dan 1 dahi)
  12. Allah telah menjadikan 7 LAUTAN Terluas di dunia (Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Antartika, Laut China Selatan, Laut Tengah dan Laut Karibia)
  13. Allah telah menjadikan 7 BENUA (Asia, Afrika, Amerika, Australia, Antartika, Eropah dan Oceana)
  14. Dalam ilmu sains, menurut Baltimore ada terdapat 7 jenis virus.
  15. Dalam ilmu sains juga, setiap molekul Heptana mengandungi 7 atom karbon.
  16. 7 sebagai nombor atom di dalam nitrogen.
  17. 7 merupakan bilangan “KALA” dalam jadual berkala (pengelasan unsur kimia)
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan dijadikannya tujuh langit, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.
                                                                                                  [Surah Al-Baqarah]

Rujukan :

Tao Slayerz ..... (blogspot.com)



No comments:

Post a Comment