Wednesday 11 June 2014

Piala Dunia 2014 : Brazil vs Croatia [Perlawanan Pembukaan]

Detik jam 4:00 a.m nanti, bermulalah perlawanan di antara tuan rumah Brazil menentang Croatia. Di atas kertas, Brazil adalah pilihan untuk memenangi perlawanan ini berdasarkan ranking FIFA dan ramai pemain berstatus bintang bermain di Brazil berbanding dengan Croatia. Neymar tunggak utama Brazil sudah pastinya akan menggempur habis-habisan pasukan Croatia nanti.


Namun, itu bukanlah ukuran jika seandainya Croatia bermain baik seperti mana mereka lakukan pada tahun 1998 di mana Croatia layak ke semifinal dan tewas kepada France 1-2. Jika sejarah itu berulang, tidak mustahil Croatia boleh membuat kejutan. Luka Modric adalah tulang belakang Croatia yang bermain di kelab Real Madrid. 


Negara manakah yang akan memenangi perlawanan pembukaan pagi nanti ? atau sekadar seri sahaja ...



No comments:

Post a Comment