Thursday 12 June 2014

Hoki Piala Dunia 2014 : Malaysia Amat Mengecewakan


Tepat jam 9:06 p.m tadi, Malaysia menamatkan tangga ke-12 dan dalam kumpulan, Malaysia tiada memungut sebarang mata. Apa sudah jadi dengan hoki negara ? Macam ada sesuatu yang tidak kena dengan hoki negara. Walau bagaimanapun, itulah hakikatnya. Dalam sesuatu permainan tak kira hoki atau permainan yang lain, kalah menang adat perlawanan.

Kekalahan hoki negara ini adalah yang paling buruk dan amat mengecewakan apatah lagi tanpa memungut sebarang mata. Dalam perlawanan sebentar tadi, Malaysia dibelasah oleh Afrika Selatan dengan 6 gol berbalas 2. Kekalahan ini sekaligus menamatkan Malaysia berada di tangga ke-12 manakala Afrika Selatan berada di tangga ke-11. Jika Malaysia inginkan kejayaan yang lebih jauh, banyak perubahan yang perlu mereka lakukan. Bukan hanya pemain sahaja, malahan Persatuan Hoki Negara perlu bertindak dengan segera untuk memperbaiki keadaan. Bagaimanapun, satu pujian juga perlu diberikan kepada pemain negara kerana layak ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Belanda.

Syabas dan majulah sukan untuk negara ...




No comments:

Post a Comment