Thursday 12 June 2014

Piala Dunia 2014 : Sepanyol vs Belanda [Group B]

14/6/2014 - Spain vs Netherlands, merupakan perlawanan tumpuan pagi nanti. Juara bertahan Sepanyol diundi bersama dengan naib juara Piala Dunia 2010 iaitu Belanda. Kini, kedua-dua pasukan itu berentap semula dalam peringkat kumpulan. Berdasarkan ranking FIFA dan International Friendly yang dilalui oleh kedua-dua pasukan sebelum bermulanya Piala Dunia 2014, ternyata ia memihak kepada Sepanyol [La Roja].


Pasukan De Oranje pula, mungkin inilah masanya untuk menebus semula kekecewaan mereka pada perlawanan akhir 2010 di Afrika Selatan. Jika corak permainan Belanda pada pagi nanti menjadi, tidak mustahil Belanda mampu menewaskan Sepanyol. 


Mampukah De Oranje menewaskan La Roja atau hanya berkesudahan dengan 0-0 ?


No comments:

Post a Comment