Friday 18 July 2014

Lampard : Gol Dibatalkan "Saya telah Ubah Permainan Bola Sepak,"


Midfielder England, Frank Lampard berkata, beliau tidak kesal dengan keputusan pengadil untuk mengabaikan jaringan yang beliau lakukan ketika bertemu dengan Jerman di Piala Dunia 2010, sebaliknya gembira insiden itu telah membantu FIFA memperkenalkan teknologi garisan gol.

"Saya tidak terlalu memikirkannya," ujar Lampard. "Tiada sebab untuk saya tidak tidur dengan lena memikirkan hal itu. Ia telah membawa kebaikan kepada dunia bola sepak, justeru saya tentu gembira. Teknologi garisan gol ini secara keseluruhan adalah satu perkembangan positif kepada sukan bola sepak,".

Frank Lampard yang masih belum memutuskan sama ada akan terus bermain diperingkat antarabangsa, masih bersikap positif untuk meneruskan karier dengan England walaupun mereka gagal memberi impak di kejohanan utama sejak membuat aksi sulung pada tahun 1999.

"Sukar kerana kami semua amat kecewa. Tapi jika saya imbau kembali zaman kanak-kanak saya, saya tidak dapat membayangkan akan bermain satu perlawanan buat England, apatah lagi 100 atau lebih. Kami semua mengimpikan kemenangan tapi gagal mencapai keputusan akhir. Kami bukan sekadar ingin mencuba. Kami cuma berdepan kesukaran pada waktu yang berbeza."

Mengimbau semula perlawanan di antara England dan Jerman di perlawanan Round of 16, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jerman membuka jaringan menerusi Miroslav Klose. Kemudian disusuli oleh Lukas Podolski. Selepas itu, Upson merapatkan jurang. Tidak berapa lama kemudian, Frank Lampard dapat menjaringkan gol tetapi dibatalkan oleh pengadil. Pengadil mendakwa bola tersebut tidak masuk ke gawang gol Jerman. Tetapi, bola itu jelas masuk ke gawang gol. Akibat daripada itu, England dibelasah 4-1 menerusi dua gol Thomas Muller.

Walau bagaimanapun ujar Lampard, golnya yang dibatalkan itu telah mengubah dunia bola sepak. "Sesungguhnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya."



No comments:

Post a Comment