Tuesday 15 July 2014

Isu Semasa : Berani Mati Dalam Peperangan

6 Julai 2014 - Harian Metro : Media melaporkan mengenai 100 warga Belanda berjihad di Syria dan seorang daripada mereka adalah pengebom berani mati. Apakah status pengebom berani itu mengikut pandangan Islam ? Adakah keadaan seperti berkenaan [seperti membunuh diri] dibolehkan walaupun bagi tujuan menghapuskan pihak lawan ? Adakah keadaan itu membolehkan seseorang mujahid dikategorikan sebagai syahid ?
[Soalan ini dilontarkan oleh Are_Tiq Ipoh, Perak].

Persoalan ini telah dijawab oleh Ustaz Haslin Baharin atau lebih dikenali sebagai Zikir Zindagi. Menurutnya, Jihad adalah syariat yang mulia dalam Islam, namun ia disalahertikan dan diberikan gambaran yang buruk oleh pihak musuh. Adakah mereka yang mempertahankan agama, maruah diri, akal, kehormatan dan keturunan dianggap sebagai pengganas, pemberontak, atau military atau terrorist ? Sebaliknya mereka yang membunuh ratusan ribu dan melakukan pelbagai jenis jenayah dianggap sebagai penyelamat (Ustaz Haslin Baharin, 2014). Lihat sahaja sejarah lampau atau zaman penjajahan di Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina yang berlaku pada zaman dahulu.

Hukum pengebom berani mati tidak sama dengan hukum membunuh diri. Ulama meletakkan syarat ketat bagi tujuan pengebom berani mati seperti hanya dilaksanakan dalam peperangan. Selain itu, ia juga merupakan strategi dalam peperangan yang menjamin kemenangan. Jika diimbau sejarah lampau, ada sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Bara' Bin Malik telah meletakkan diri sebagai peluru manjanik [alat pelontar batu] dan dilontarkan tubuhnya ke dalam kubu lawan. Seterusnya, Bara' Bin Malik berjaya membuka pintu utama kubu berkenaan. Akhirnya menghasilkan kemenangan kepada kaum muslimin atau mujahidin. Namun, pada zaman yang penuh dengan teknologi ini, seharusnya umat Islam bersedia dengan jihad ekonomi, politik, ilmu, teknologi dan sebagainya agar Islam terpelihara.


Rujukan : 

Harian Metro. 6 Julai 2014. Berani Mati Dalam Peperangan. Halaman 26.



No comments:

Post a Comment