Monday 21 July 2014

BPL 2014/2015 : 4 Pemain Arsenal Dilepaskan Oleh Arsene Wenger


BPL musim 2014/2015 tidak lama lagi akan bermula iaitu pada 16 Ogos 2014.  Pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger telah merombak pemainnya setelah berjaya memenangi FA Cup 2014. Nicklas Bendtner telah dilepaskan oleh Arsenal selepas 9 tahun berada di kelab itu.

Pemergian pemain Denmark berusia 26 tahun itu disahkan oleh The Gunners dan beliau kini boleh diperoleh menerusi perpindahan percuma. Bendtner menyertai senarai pemain yang meninggalkan Stadium Emirates musim panas ini termasuk Bacary Sagna, Lukasz Fabianski dan Zak Ansah, yang sudah melengkapkan perpindahan tetap masing-masing.
  1. Bacary Sagna - Ke Manchester City
  2. Lukasz Fabianski - Ke Swansea City
  3. Zak Ansah - Charlton Athletic
Walau bagaimanapun, dua pemain baru telah pun menandatangani kontrak untuk menyertai The Gunners musim 2014/2015. Mereka ialah :
  1. Alexis Shancez - dari Barcelona  
  2. Mathiew Debuchy - dari Newcastle United
Dua pemain lagi turut dibida oleh Arsene Wenger iaitu :
  1. Sami Khedira - dari Real Madrid
  2. Mario Balotelli - dari AC Milan



No comments:

Post a Comment