Saturday 17 May 2014

The FA Womens Cup 2014 : Arsenal Ke Final vs Everton



11 May 2014 - Seminggu yang lalu, Juara bertahan Piala FA kategori wanita iaitu The Young Ladies [Arsenal] sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan Chelsea dengan jaringan 5-3. Minit ke-69, Chelsea dihadapan dengan jaringan Ji-So Yun. Seminit kemudian, Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Kelly Smith. Minit ke-85, sekali lagi The Blues dihadapan menerusi jaringan Ogimi. Seminit kemudian, sekali lagi Kelly Smith menyamakan kedudukan [2-2]. Keputusan ini berlarutan ke masa tambahan.

Minit ke-93, Arsenal didepan melalui sentuhan Carter. Minit ke-99, Ohno menjaringkan gol ke-4 buat Arsenal. Minit ke-104, Aluko [Chelsea] merapatkan jurang dan minit ke-109, Stoney meletakkan The Gunners selesa dengan 5-3. Sehingga wisel penamat, Arsenal Ladies melangkah ke final bertemu dengan Everton pada 1 Jun ini. Mampukah The Young Ladies [Arsenal] mempertahankan kejuaraan ?



No comments:

Post a Comment