Monday 12 May 2014

BPL III : Tottenham Layak Ke Play Off Europa League


Semalam, seperti Liverpool juga, Manchester United mengharapkan Tottenham tewas kepada Aston Villa. Namun, harapan Manchester United itu telah berkecai apabila Tottenham berjaya menjinakkan Aston Villa dengan jaringan 3-0. Dengan kemenangan itu, Tottenham layak ke Play Off Europa League sekali gus meranapkan impian Ryan Giggs jurulatih sementara Manchester United. Selain Tottenham, satu kelab lagi iaitu Everton telah mengesahkan tempat ke Europa League musim 2014/2015. Roberto Martinez telah membawa perubahan kepada Everton dan hasilnya amat membanggakan. Everton telah menamatkan liga di tangga ke-5 manakala Manchester United telah menduduki di tangga yang ke-7. Satu prestasi yang amat mendukacitakan buat Manchester United. Walau bagaimanapun, pada musim 2014/2015 sudah pastinya The Red Devils akan bangkit dan menebus semula kegagalan mereka. 


No comments:

Post a Comment