Friday 23 May 2014

Piala Thomas 2014 : Semangat Kamikaze Robohkan Tembok Besar China



Ha! Siapa sangka, di atas kertas dan pilihan utama China telah tewas kepada Jepun 0-3 dalam separuh akhir Piala Thomas 2014 yang berlangsung di India. Sejarah pernah berkata, tidak ada negara yang mampu bertahan bergelar sebagai jaguh atau juara melainkan mengalami zaman kejatuhan. Itu merupakan tanda-tanda awal zaman kejatuhan melainkan China memperkemaskan dan memperbaiki keadaan dalam tempoh 2 tahun lagi sebelum menjelangnya Piala Thomas 2016. China yang amat gah dan sukar ditewaskan akhirnya pasukan Jepun membuktikan bahawa tembok besar China mampu ditumbangkan. 

Semangat Kamikaze dan juang yang tinggi yang dimiliki oleh Jepun mampu mewaskan gergasi badminton iaitu China. Perseorangan pertama China iaitu Chen Long tumbang kepada Kenichi Tago. Kemudian bergu China juga tewas mengejut kepada Jepun. Dan perseorangan kedua China iaitu Du Peng Yu tewas kepada perseorangan Jepun dalam 3 set. Kemenangan ini telah menamatkan penantian Jepun selama 64 tahun untuk beraksi dalam perlawanan akhir. Jepun dijangka akan bertemu Malaysia atau Indonesia yang beraksi pada malam ini jam 8:30. Mampukah negara kita mara ke akhir bertemu dengan Jepun ?



No comments:

Post a Comment