Saturday 19 April 2014

Sukan VI : Bundes Liga, Seri A, French Ligue, BPL dan La Liga

Bundes Liga 2013/2014 atau Liga Jerman 2013/2014 telah pun diketahui awal di mana kelab Bayern Munich sah juara Bundes Liga musim 2013/2014 walaupun perlawanan di Bundes Liga belum berakhir.


Di Liga Perancis, Paris Saint Germain - PSG hanya memerlukan 2 kemenangan untuk bergelar juara. Liga Perancis berbaki 5 perlawanan lagi dan PSG dicabar oleh AS Monaco dengan perbezaan 10 mata. Carlo Anceloti optimis mereka mampu muncul juara dan mengekalkan persembahan konsisten pada musim ini.

Di Seria A pula, dengan berbaki 4 perlawanan Juventus FC hanya memerlukan 1 kemenangan dan 1 seri sahaja untuk juara Liga Itali musim 2013/2014. Juventus dicabar hebat oleh AS Roma dengan perbezaan 8 mata.

Manakala BPL 2013/2014 nampaknya semakin sengit. Dengan tewasnya Chelsea semalam 1-2 ditangan Sunderland, nampaknya peluang Chelsea untuk juara BPL semakin tipis. The Blues perlu menewaskan Liverpool pada perlawanan minggu hadapan sekiranya Jose Murinho ingin menjuarai BPL musim ini. Manchester City pula mengintai peluang mengharapkan Liverpool tumpas minggu hadapan ataupun sekurang-kurang seri dengan Chelsea, maka peluang Manchester City untuk muncul juara adalah cerah.

Di La Liga pula tidak kurang hebatnya, Atletico Madrid nampaknya mendahului Liga setakat ini diikuti rapat oleh Real Madrid dan Barcelona. Atletico Madrid (82 mata), Real madrid (79 mata) dan Barcelona (78 mata) dengan berbaki 4 perlawanan sahaja lagi. Jika Atletico Madrid konsisten dalam setiap perlawanan, maka tidak mustahil sejarah akan tercipta di La Liga musim ini.



No comments:

Post a Comment