Sunday 6 October 2013

Melihat Sejarah Seperti Melihat Cermin Pandang Belakang Kereta

Hari ini, pengkaji ingin berkongsikan kepada anda bagaimana caranya melihat Sejarah ? Menurut Muhammad Alexander (2013), Terus-menerus hanyut dalam sejarah sehingga lupa akan masa hadapan juga tidak baik. Toleh dan lihatlah sejarah sesekali apabila perlu sebagai tapak bagi melangkah ke masa hadapan. Konflik Islam yang berlaku sesama sendiri sering berlaku dalam negara Islam, adalah disebabkan masing-masing hanya mahu melihat masa lalu sahaja dan tidak mahu memandang realiti masa hadapan. Padahal, cabaran umat Islam pada masa hadapan jauh lebih berat dan mencabar dengan berdozen-dozen musuh yang bersiap sedia melumatkan Tamadun Islam. Kesudahannya, umat Islam hanya terus menghentam sesama sendiri. Ia laksana kereta yang menghentam apa sahaja yang ada di hadapan kereta si pemandu hanya melihat cermin pandang belakang sahaja.

Tambahnya lagi, lihatlah sejarah seperti seorang pemandu kereta yang memandang cermin pandang belakang kereta. Cermin itu menunjukkan apa sahaja yang ada dibelakang kereta (Peristiwa sejarah masa lampau). Seorang pemandu kereta yang baik adalah selalu melihat ke hadapan dan bergerak ke hadapan. Hanya sekali-sekala sahaja melihat ke belakang melalui cermin pandang belakang agar perjalanan menjadi selamat ke destenasi tanpa melanggar dan dilanggar kereta lain. Apabila si pemandu kereta hanya melihat cermin pandang belakang sahaja dan tidak memandang ke hadapan, maka kereta beliau pasti akan melanggar apa sahaja yang ada di hadapannya. Begitu juga apabila tidak pernah melihat cermin pandang belakang itu. Berkemungkinan besar kereta akan dilanggar oleh kereta di belakang. Begitulah cara melihat sejarah yang sepatutnya.


Rujukan :

Muhammad Alexander (2013). Menyingkap Rahsia Ahli Falsafah Agung Yunani, Luqmanul Hakim Adalah Socrates Berkulit Hitam. Kuala Lumpur : BS Print (M) Sdn. Bhd.




No comments:

Post a Comment