Monday 20 July 2015

Sekilas Pandang VI : Dol Said Menentang British


Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said merupakan pahlawan Naning pada masa silam yang menentang penjajahan. Semasa Belanda menduduki Melaka, Naning membayar 1/10 daripada cukai hasil dalam negeri kepada Belanda. Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Melaka jatuh ke tangan British. Pada masa itu, Naning terletak di utara Melaka dan Inggeris menganggap Naning sebagai wilayah British.

British di Melaka mahu Naning membayar 1/10 daripada hasil dalam negerinya. Dol Said pula menganggap Naning bebas dan merdeka. Oleh itu, beliau enggan membayar tuntutan British yang akhirnya mencetuskan peperangan pada tahun 1831. Pada awalnya, Dol Said berjaya mempertahankan kedudukannya dan berjaya menewaskan askar-askar British dengan bantuan orang Rembau dan Syed Syaaban menantu Raja Ali.

Pada tahun 1832, British dengan taktiknya berjaya mempengaruhi Raja Ali agar menarik balik tenteranya bersama-sama dengan askar Naning. Sebagai ganjarannya, Rembau diiktiraf sebagai negeri yang berdaulat oleh British. Dengan termeterainya perjanjian tersebut, British telah berjaya menewaskan Naning menerusi peperangan yang kedua sekaligus mengalahkan Dol Said tanpa bantuan Rembau (Zainuddin Jaafar, 1995).


Rujukan :

Zainuddin Jaafar, 1995. Kebangkitan Menentang British Pada Kurun Ke-19. _________________ .



No comments:

Post a Comment