Wednesday 4 February 2015

Isu Semasa : Perjuangan SSKM Tidak Akan Berjaya !

Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa "Biarpun Air Mata Darah" yang mengalir sehingga melimpah ruah dan membasahi bumi sekalipun, perjuangan SSKM tidak akan berjaya. Pengkaji menyifatkan perjuangan mereka itu hanya sia-sia. 

Sejarah sudah membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak telah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia melalui Suruhanjaya Cobbold. Hampir 80-90% pribumi Sabah dan Sarawak menyokong dan menyertai gagasan tersebut.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa hanya Pulau Janggi yang boleh mengembalikan isu ini semula. Persoalannya sekarang, di manakah sebahagian Pulau Janggi berada? Dan siapakah yang menyimpan sebahagian Pulau Janggi tersebut ? Sebahagian Pulau Janggi lagi berada di Muzium negara Brunei Darussalam. Hanya Pulau Janggi sahaja yang boleh mengembalikan isu tersebut dan bukannya dokumen-dokumen yang dirangka. Oleh yang demikian, perjuangan segelintir pribumi Sabah yang kononnya membawa Sabah dan Sarawak keluar dari negara Malaysia pengkaji menyifatkan hanyalah seperti Menyangkul Angin sahaja.




No comments:

Post a Comment