Thursday 10 July 2014

Final Piala Dunia 2014 : Jerman vs Argentina [Jerman Di atas Kertas]


Pengkaji amat tidak menyangka bahawa pasukan pilihan pengkaji telah layak kedua-duanya ke final. Jerman atau Argentina ? Yang penting kedua-dua pasukan tersebut adalah pilihan favourite pengkaji.

14 Julai 2014 - Isnin : Klimaks Piala Dunia bakal ditentukan di antara pasukan Jerman [Eropah] dan Argentina [Amerika Latin / Selatan] di Stadium Rio De Janeiro. Dari segi rekod pertemuan sebelum ini, ternyata ia milik Jerman. 

2012 : Jerman 1 - Argentina 3 [Friendly Match]
2010 : Jerman 4 - Argentina 0 [Suku Akhir, Piala Dunia di Afrika Selatan]
2005 : Jerman 2 - Argentina 2 [Friendly Match]
2006 : Jerman 4 - Argentina 3 [Sepakan Penalti, Piala Dunia di Jerman]
1990 : Jerman 1 - Argentina 0 [Piala Dunia di Itali]
1986 : Jerman 2 - Argentina 3 [Piala Dunia di Mexico]

Berdasarkan Ranking FIFA sebelum ini, Jerman berada di ranking ke-2 manakala Argentina ranking ke-3. Dari segi taktikalnya, kedua-dua pasukan ini mempunyai kelebihan masing-masing. sebelum ini, pengkaji telah pun membincangkan taktikal Jerman dan Argentina. Jerman lebih gemar kepada open game manakala Argentina pula gemar membuat jaringan di dalam kotak penalti.

Dalam permainan catur, taktikal Argentina adalah taktikal yang digunakan oleh Garry Kasparov iaitu menggunakan pawn / bidak dan akan menutup segala ruang. Selepas itu, Knight lawan akan dimusnahkan. Jika knight lawan tidak berjaya dimusnahkan, maka advantage kepada pihak lawan ataupun ia berkesudahan dengan seri.

Jerman pula lebih gemar bermain Bishop. Jika Jerman berjaya membaca taktikal pihak lawan, maka Jerman terlebih dahulu akan memusnahkan knight lawan dengan menggunakan knight juga. Tetapi, bishop yang mempunyai potensi atau kelebihan untuk membantu mendapatkan queen semula, itulah bishop yang akan disembunyikan agar ia tidak dimusnahkan oleh pihak lawan. Bagi pengkaji, taktikal kedua-dua pasukan ini amat menarik. Pasukan yang mempunyai ending yang kuat, maka itulah yang akan menang.

Namun begitu, dari sudut kebolehpercayaan, Jerman mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi berbanding Argentina. Ini kerana, Jerman telah menewaskan pasukan yang kuat dan mempunyai mutu perlawanan yang baik iaitu Portugal 4-0, Jerman menewaskan Perancis 1-0 dan yang terbaru Brazil 7-1. 

Kesimpulannya, pengkaji optimis Jerman akan juara dalam Piala Dunia 2014 berdasarkan teori-teori yang dianalisis oleh pengkaji sebelum ini.
[Apa pun ini cuma teori sahaja. Tiada kaitan yang hidup ataupun yang mati. Semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t.]



No comments:

Post a Comment