Friday 2 May 2014

Wira Catur : Garry Kasparov



Catur merupakan salah satu permainan berstrategi dan menguji minda. Hari ini, pengkaji berkongsikan tentang salah seorang tokoh atau pemain catur berstatus Jaguh Dunia. Beliau adalah Garry Kasparov. Garry Kasparov dilahirkan di Azerbaijan pada 13 April 1963. Ketika ia berusia tujuh tahun, ayahnya meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia. Setelah itu, ia menggunakan nama keluarga dari ibunya sehingga menjadi Garry Kimovich Kasparov.

Garry Kasparov mulai berlatih dan bermain catur pada saat usianya 10 tahun di sekolah catur Mikhail Botvinnik. Pada tahun 1976, Garry Kasparov sudah bergelar juara catur kategori Junior di negaranya, Uni Soviet. Dua tahun kemudian, beliau berjaya melayakkan diri ke kejuaraan catur nasional Uni Soviet. Pada tahun 1980, sekali lagi beliau meraih juara dunia Junior.

Pada tahun 1984, Kasparov dinobatkan sebagai pencatur nombor satu dunia berdasarkan ranking point dari FIDE. Namun, untuk mengesahkan beliau sebagai juara dunia, beliau perlu menentang jaguh dunia Anatoly Karpov [Grand Master]. Perlawanan itu telah dilangsungkan dalam kejohanan World Chess Championship 1984.

Dalam format perlawanan itu, pemain yang memenangi 6 perlawanan dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jumlah perlawanan tiada hadnya. Setelah berlangsungnya 9 perlawanan, Anatoly Karpov telah mendahului Kasparov dengan 4-0. 5 perlawanan lagi berkedudukan draw

Pada perlawanan ke-10 hingga ke-17, Kasparov berjaya mengikat Karpov dengan keputusan seri. Tetapi pada perlawanan ke-18, Karpov berjaya menewaskan Kasparov dengan kedudukan 5-0. Karpov perlu menang 1 perlawanan lagi bagi mengekalkan statusnya sebagai jaguh dunia. Namun, perlawanan ke-19 hingga ke-31 kembali draw. Pada perlawanan ke-32, akhirnya Kasparov berjaya mencapai kemenangan dan kedudukan sudah berubah iaitu 1-5. Perlawanan seterusnya kembali draw. Perlawanan ke-47 dan 48, Kasparov sekali lagi mengejutkan Karpov dengan kedudukan 3-5. Tetapi pertandingan itu dihentikan oleh (FIDE) iaitu Florencio Campomanes dengan alasan stamina kedua-dua pemain telah menurun. Pengurus Kasparov tidak bersetuju dan melakukan protes dengan tindakan FIDE yang menghentikan perlawanan tersebut. FIDE memberitahu bahawa Karpov mengalami kesakitan dan beliau akan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Perlawanan itu akan diteruskan beberapa bulan kemudian.

Perlawanan itu diadakan semula pada tahun 1985 dengan format yang baru. Format perlawanan telah diubah iaitu jika menang, pemenang memperolehi 1 mata, dan jika draw 0.5 mata. Jika tewas, tiada mata diberikan. Akhirnya, pada 9 November 1985, Kasparov telah berjaya menewaskan Karpov dengan keputusan 13 mata berbalas 11 mata dari 24 perlawanan yang mereka jalankan. Garry Kasparov dinobatkan sebagai juara dunia termuda saat usianya 22 tahun. 




No comments:

Post a Comment