Tuesday 22 April 2014

Info II : Pengurus JDT II [On Jabar] Tumbuk Pengadil



JOHOR BAHRU - Pengurus Johor Darul Ta'zim II, On Jabar mencetuskan kegemparan malam tadi apabila menumbuk muka pengadil, Sukri Abd. Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2 malam tadi.

Ketika pemain kedua-dua pasukan hendak meninggalkan padang, On Jabar secara tiba-tiba menumbuk muka Sukri sebelum mereka disuraikan dan beliau dibawa keluar dari padang dengan diiringi pihak polis. Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pihak pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan tuan rumah.

Beberapa ratus penyokong JDT II turut berkumpul di perkarangan pintu masuk orang kenamaan (VIP) manakala segelintir daripada mereka mendesak pengadil untuk keluar dan memohon maaf kepada mereka. Pengulas sukan, Serbageth Singh bertindak bertemu dengan penyokong yang berkumpul di luar stadium dan bertindak menenangkan mereka. "Setiap tindakan yang dibuat akan menimbulkan reaksi, jadi saya berharap semua pihak bersabar," katanya.

Sungguhpun demikian, beliau menjelaskan memang terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat semasa permainan berlangsung. Tidak lama selepas Serbegeth beredar, penyokong yang berkumpul turut bersurai.

Pada pandangan pengkaji pula, tindakan itu amat tidak wajar berlaku. Tindakan itu telah menjatuhkan imej Bola Sepak negara. Terimalah kenyataan bahawa keputusan pengadil adalah muktamad. Jika diimbau sejarah lampau, Pengurus England telah menyelar jaringan Maradona dalam Piala Dunia suatu ketika dulu kerana menjaringkan gol menggunakan tangan. Tetapi keputusan pengadil adalah muktamad. Begitu juga jaringan Frank Lampard ketika menentang Jerman dalam Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 tidak disahkan oleh pengadil tetapi bola itu jelas masuk ke gawang gol. Apa pun, terimalah hakikat bahawa keputusan pengadil adalah muktamad, bukan pula menumbuk pengadil.


Sumber : Akhbar Utusan Malaysia.



No comments:

Post a Comment