Friday 4 July 2014

Piala Dunia 2014 : Jerman Lakar Sejarah


Sejak Piala Dunia diperkenalkan pada tahun 1930, pasukan Jerman sebenarnya sudah pun merintis jalan sehingga ke hari ini. Kejayaan demi kejayaan telah dicipta oleh Jerman dan pada hari ini, Jerman merupakan sebuah pasukan yang paling banyak layak ke Separuh Akhir sejak 1934 lagi. Piala Dunia edisi kali ini 2014 pengurus pasukan Jerman iaitu Joachim Low mensasarkan pasukannya sekurang-kurangnya layak ke semi final. Jika dinilai dari segi KPI, Jerman sudah pun mencapai sasarannya. Jika Jerman berjaya menumpaskan Brazil [tuan rumah], kredit harus diberikan kepada Joachim Low. Berikut adalah kejayaan yang dilakar oleh Jerman :

1934 : Ketiga
1954 : Juara
1958 : Keempat
1966 : Naib Juara
1970 : Ketiga
1974 : Juara
1982 : Naib Juara
1986 : Naib Juara
1990 : Juara
2002 : Naib Juara
2006 : Ketiga
2010 : Ketiga
2014 : [Sekali lagi layak ke Separuh Akhir]

Mampukah Jerman mengatasi Brazil ?

Teori I : "Orang kata, jika 2 kali kita dah mencuba, kali ke-3 tak mustahil ia akan juara."

Teori II : 1966 = Naib Juara
     1970 = Ketiga
1974 = Juara

Teori III : 1982 = Naib Juara
            1986 = Naib Juara
1990 = Juara

Teori IV : 2006 = Ketiga
              2010 = Ketiga
                           2014 = Adakah juara ?

Adakah  pada tahun 2014 ini milik pasukan Jerman ?


No comments:

Post a Comment