Saturday 4 July 2015

Copa America 2015 : "Viral" Jadi Juara [Chile Cipta Sejarah]


5 Julai : Copa America 2015 sudah pun melabuhkan tirainya di mana Chile muncul juara edisi kali ini dengan menewaskan pilihan juara iaitu Argentina dengan sepakan penalti [4-1]. Dalam perlawanan semalam, Chile dan Argentina terikat tanpa jaringan sehinggalah berlanjutan ke sepakan penalti.

Gonzalo Higuain gagal menyempurnakan sepakannya manakala Ever Banega pula sepakannya dapat diselamatkan oleh penjaga gol Chile iaitu Bravo. Penendang terakhir Chile iaitu Alexis Sanchez tidak mensia-siakan peluang yang terhidang sekali gus muncul juara Copa America 2015. Dengan kemenangan itu, Chile melakar sejarah buat pertama kalinya muncul juara Copa America sejak 1920 Copa America diperkenalkan.



No comments:

Post a Comment