Sunday 22 June 2014

Piala Dunia 2014 : Portugal Bagaikan Telur Di Hujung Tanduk


23 Jun 2014 - Apa sudah jadi dengan pasukan Portugal ? Pagi tadi menyaksikan pasukan Portugal berkesudahan seri dengan USA yang dibimbing oleh Jurgen Klinsmann anak jati kelahiran Jerman. Jurgen Klinsmann sudah pastinya mempunyai ramuan yang tersendiri bagi menghadapi Portugal. Hasilnya, USA berjaya mengikat Portugal 2-2.

Mengimbas semula perlawanan pagi tadi, Portugal didepan hasil jaringan Nani pada minit ke-5. Pada babak kedua, USA berjaya menyamakan kedudukan. Selepas itu, USA didepan dengan 2-1. Pada masa tambahan, Portugal berjaya menyamakan kedudukan.

Dengan keputusan itu, Portugal bagaikan telur dihujung tanduk. Jika Portugal ingin mara ke round of 16, Portugal perlu menewaskan Ghana sekurang-kurangnya 3 gol 0 dan mengharapkan Jerman menewaskan USA. Jika USA dan Jerman seri, Ghana dan Portugal akan tersingkir.

Mampukah Portugal mara ke round of 16 ?


No comments:

Post a Comment