Tuesday 3 June 2014

Info V : China Guna Anak Panda Untuk Ramal Piala Dunia 2014

Jika diimbau Piala Dunia 2010, Sotong Paul [Kurita] telah digunakan untuk meramal pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan dalam kempen Piala Dunia di Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, ramalan Sotong Paul itu tepat sehingga Piala Dunia 2010 tamat. Sotong Paul telah masuk dalam balang bendera Sepanyol semasa perlawanan akhir menentang Belanda. Dalam perlawanan itu, Sepanyol telah menewaskan Belanda dengan jaringan 1 gol - 0.

Pada tahun ini, China pula tampil menggunakan Anak Panda untuk meramal perlawanan Piala Dunia Bola Sepak di Brazil 2014, menurut Berita RTM Nasional [Radio] jam 5:10 petang tadi. Menurut Berita RTM [Radio] itu lagi, Anak Panda itu akan diberi makanan, dan makanan itu akan dilabel dengan menggunakan bendera pasukan yang akan bertanding. Adakah Anak Panda ini akan popular seperti Sotong Paul atau sebaliknya ?

Pssst : Bertenung Nasib adalah dilarang dalam Islam.



No comments:

Post a Comment