Ferdinand Marcos dilahirkan pada 11 September 1917 di Bandar Sarrat Illocos Norte Luzon. Beliau menjadi ahli senat dan mendapat undi yang tertinggi pada tahun 1959. Rakyat Filipina berharap agar Marcos dapat membawa keamanan dan kemajuan kepada rakyat Filipina. Sebaliknya, Marcos telah membawa Filipina kepada hampir muflis. Pemerintahan secara diktator telah mewujudkan penentangan sehingga beliau digulingkan. Faktor kejatuhan Ferdinand Marcos adalah disebabkan :
- Undang-Undang Tentera dan Masyarakat Baru : Situasi meruncing telah melanda Filipina mendesak memperkenalkan undang-undang tentera. Keistemewaan undang-undang tentera ini telah memperuntukkan Presiden Marcos sebagai Ketua Angkatan Tentera merangkap Presiden Filipina. Mana-mana individu yang mengancam keselamatan negara akan diambil tindakan. Selain itu, ia membataskan semua aktiviti dan pergerakan rakyat. Seolah-olah rakyat berada dalam kurungan.
- Sosio-Politik : Pembunuhan Benigno Aquino Jr. pada 21 Ogos 1983 telah menjadi politik Filipina mejadi tegang. Presiden Marcos telah menubuhkan Suruhanja bebas bagi menyiasat pembunuhan tersebut. Belum pun siasatan bermula, Marcos telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembunuh dilakukan oleh Komunis atau New People's Army. Suruhanjaya bebas telah mendapati ada konspirasi kerajaan dalam pembunuhan tersebut. Pada Ogos 1985, 46 orang anggota parlimen telah menandatangani satu resolusi memberi tekanan kepada Marcos berhubung dengan isu rasuah dan melakukan pelabagai jenayah berskala tinggi. Selain itu, ahli parlimen membuat tuduhan bahawa Marcos merosakkan budaya kerana memberi kontrak kepada pengusaha-pengusaha filiem Pornografi untuk beroperasi di Filipina.
- Sosio-Ekonomi : Pergolakan politik disebabkan oleh ekonomi Filipina telah menjunam. Pada tahun 1951 hingga 1965, kadar pertumbuhan ekonomi Filipina ialah 3.5%. Rejim Marcos pada tahun 1966 hingga 1986 kadar pertumbuhan ekonomi Marcos hanya 1.4%. Pelabur memberi tekanan kepada pengusaha tempatan yang akhirnya semua keuntungan mereka dibawa keluar negara-negara pelabur. Pemonopolian keluarga Marcos dalam banyak bidang menyebabkan kekayaan kepada golongan elit tetapi golongan bawahan semakin miskin.
- Penentangan People Power dan Gereja : Negara yang mempunyai 80% rakyatnya menganut agama Kristian Katolik, mempunyai pengaruh dan kuasa. Marcos telah menyatakan beliau tidak menentang gereja walau pun ada serbuan terhadap gereja. Pembunuhan Aquino dan penindasan serta diskriminasi menyebabkan gereja menentang Marcos. Mereka menggunakan keagamaan sebagai pendorong penentangan. Pengaruh Kardial Sin sangat kuat dan ini menyebabkan pihak gereja sering mengkritik kerajaan disamping membakar semangat rakyat bagi menentang Marcos.
- People Power dan Golongan Pelajar : Pada tahun 1960 hingga 1970, populasi pelajar di Filipina semakin bertambah. Seramai 50 000 pelajar Filipina dan pekerja telah melakukan mogok dan tunjuk perasaan di depan istana Marcos. Marcos rasa tercabar dan beliau menggunakan kekerasan tentera di mana 4 orang pelajar terkorban. Pada bulan Oktober 1970, penunjuk perasaan dikalangan pelajar telah berulang di Manila. 18 000 pelajar telah memulaukan kelas mereka dan menuntut pengubahsuaian ko-kurikulum Universiti.
- Tentangan Komunis dan New People's Army : The Malayang Samahang Magsasaka dianggotai oleh golongan Petani, The Kabalang Makabayan dianggotai oleh golongan pelajar dan Moment For the Advaancement of Nationalist dianggotai oleh golongan professional. Tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar adalah didalangi oleh Komunis. Beberapa pertempuran telah berlaku dengan pihak Kerajaan.
- Tindakan Berani Tentera Marcos : Pasukan Reform The Armed Forces (RAM) memperjuangkan ketelusan dan pembasmian rasuah dalam angkatan tentera dan mempuyai hubungan baik dengan gereja telah berpaling tadah. Pada 16 Februari, RAM dengan beraninya mengeluarkan kenyataan dengan menyokong dakwaan gereja bahawa kerajaan Marcos telah melakukan penipuan dalam Pilihan Raya 1986 dan penindasan. Ketua Tentera Enribe dan Ramos keluar dari kem tentera dan menyertai gerakan People's Power yang dipimpin oleh Croy dan Laurel.
- Perubahan Dasar Amerika Syarikat : Sebelum ini, Amerika adalah sekutu Marcos. Namun dengan tiba-tiba, Amerika telah menyekat bantuan ekonomi. Marcos telah menamatkan undang-undang tentera pada awal tahun 1981.Ronald Regan Presiden Amerika didesak oleh ahli kongres supaya menghentikan bantuan ekonomi kepada Filipina. Regan tidak mempunyai pilihan selain mengikut arus perubahan di Filipina dan mengambil keputusan menyokong People's Power.
Secara kesimpulannya, kejatuhan Presiden Marcos adalah disebabkan faktor-faktor di atas. Akhirnya, pada 27 Februari 1986 Marcos telah meninggalkan Istana Malacanang yang menggunakan Helicopter dan menuju ke Hawaii.
Rujukan :
Buku Sejarah Asia Tenggara
No comments:
Post a Comment