Hari ini, pengkaji menelusuri pula kisah Orang Viking di Iceland. Iceland atau lebih dikenali sebagai Republik Iceland merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Atlantik Utara (The World Fact Book, 2006). Jumlah keluasan Pulau tersebut dianggarkan 103 000 km persegi. Ibu negaranya adalah Reykjavik.
Sebelum Perang Dunia Kedua tercetus, jumlah penduduk di Iceland dianggarkan 800 000 orang penduduk. Asal-usul kebanyakan Orang Iceland wujud sejak penempatan awal Orang Viking, walaupun bukti sejarah dan genetik menunjukkan Orang Irish memberikan sumbangan besar kepada takungan gen negara tersebut. Sejauh mana kebenarannya ? Tetapi sesetengah Orang Iceland berkata, mereka merupakan kacukan Orang Iceland dan Orang Viking (Kevin Davies, 2001).
Antara watak Viking yang paling terkenal dalam tradisi Iceland ialah Egil Skallagrimsson, yang lahir pada tahun 910. Beliau merupakan seorang penyair purba Viking, pembunuh, pemabuk dan seorang peladang. Menurut Kevin Davies (2001) lagi, Egil seorang yang panas baran dan perangainya itu telah kelihatan seawal usianya 6 tahun apabila beliau mengejar seorang budak lelaki dalam permainan bola sepak di Iceland. Egil meluru menangkapnya dan menghayunkan kapak di kepala budak tersebut sehingga menembusi otaknya. Egil juga pernah mengorek mata Armod sehingga keluar dengan jari dan membiarkannya terjuntai dipipi Armod dalam satu pertandingan meminum arak.
Kedudukan Egil dalam sejarah Iceland memang terpelihara. Kini, 1000 tahun dan lebih daripada 30 generasi kemudian, keturunan Egil kembali ke tanah tumpah darahnya untuk menempa namanya dalam sejarah. Jika berjaya, beliau akan mencipta kisah unggul dalam sejarah Viking (Kevin Davies, 2001).
Begitulah serba sedikit ceritera yang empunya ceritera.
Begitulah serba sedikit ceritera yang empunya ceritera.
Rujukan :
Kevin Davies (2001). Merungkai Genom. Selangor : Percetakan Warni sdn. Bhd.
The World Fact Book (2006). ______________ .
No comments:
Post a Comment