Pada hari ini, penulis meneruskan membuat penyelidikan sejarah mengenai Negara Filipina di bawah pemerintahan Ferdinand Marcos. Orang Islam di Sulu dan Mendanao menuntut bahagian dari hasil bumi mereka daripada Kerajaan Pusat dengan permintaan yang berbeza iaitu pelaburan ke kawasan mereka, pendidikan, penjagaan kesihatan, mendapat hak sistem keadilan dan beberapa permintaan lagi iaitu pemangkin aspirasi kepada kemerdekaan sebelum ini (Professor Cesar Adib Majul, 1973). Tetapi kumpulan militan Kristian telah bersekongkol dengan angkatan polis tempatan yang telah melakukan kekejaman terutamanya pembunuhan beramai-ramai Jabidah pada 18 Mac 1968, telah menjadi bencana melahirkan tindak balas ganas dari Orang Islam di Filipina Selatan (Sulu dan Mendanao) ketika era pemerintahan Ferdinand Marcos. Tentera Filipina membunuh sekurang-kurangnya 200 orang Islam yang direkrut di Corregidor Island. Para rekrut Islam telah ditembak setelah enggan mengikut arahan (Asreemoro, 2007)
Setelah tercetus ini maka tiba-tiba secara diam-diam tertubuh satu formasi tentera iaitu Moro National Liberation Front (MNLF) lewat 1969. Para pelajar Moro dari seluruh Universiti Filipina, Mesir dan di mana-mana tempat di Timur Tengah yang prihatin untuk mewujudkan negara Islam yang merdeka di Filipina Selatan bersatu menubuhkan MNLF (Professor Cesar Adib Majul). MNLF semakin kuat dengan bantuan asing seperti Muammar Qaddafi dari Libya dan turut membantu ialah Gabenor Sabah dan Malaysia yang menyumbang persenjataan dan lain-lain bantuan perubatan dari Libya yang juga melatih latihan ketenteraan para belia Moro (Asreemoro, 2007).
Dengan sokongan bantuan persenjataan dari luar dan bermacam-macam lagi bantuan, dalam pertengahan 1970-an MNLF dianggarkan mempunyai ahli yang mencecah 30 000 tentera lelaki lengkap bersenjata bertempur dengan tentera Filipina dan polis di Kepulauan Sulu dan Mendanao. Pada awalnya telah menampakkan kejayaan tetapi mula lemah penentangannya pada lewat 1975, walau bagaimanapun para pemimpinnya berpindah ke Sabah dan mendapat sedikit bantuan dari kerajaan serta Program Amnesty di Telipok, Kota Kinabalu dan Kg. Bahagia Sandakan adalah sebahagian penempatan Amnesty untuk pelarian Filipina yang masih wujud sehingga ke hari ini. Gencatan senjata pada 1976, dan pembangunan di kawasan otonomi sementara telah diberikan, tetapi bukannya kemerdekaan, zon kawasan masyarakat Islam di Selatan Filipina seolah-olah adalah kawasan mutlak MNLF. Disusuli oleh Iran dengan kebangkitan revolusinya pada tahun 1979 turut membantu datangnya bantuan dan sokongan semula antarabangsa kepada MNLF (Professor Adib Majul, 1973).
Kemudian pada tahun 1987 di Jolo Filipina, seorang Datu yang bernama Datu Halun Amilusia yang bersenjatakan senapang antik ayahnya era Perang Dunia ke II, jenis M-I Carbine yang begitu bangga dengan riflenya yang ketika dulu pernah digunakan membunuh tentera Jepun juga pernah melalui zaman kerajaan Islam ketika dulu dan juga pernah membunuh tentera Filipina. Adik lelaki dan ayah Datu ini, pernah mendapat anugerah Bronze Star kerana keberanian menjadi tentera gerila menentang tentera Jepun. Beliau telah dibunuh pada tahun 1985 ketika tentera Filipina menyerang rumahnya (Professor Adib Majul, 1973).
Rujukan :
Asreemoro (2007). Tausug dan Sejarah Kesultanan Sulu. Selangor : RNH Marketing Sdn. Bhd.
Professor Cesar Adib Majul (1973). Islam di Filpina. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.