Hari ini, pengkaji berpatah balik ke Negeri Terengganu Daru Iman pula. Menurut Buku Sejarah Darul Iman, Sultan Zainal Abidin yang pertama mempunyai empat orang putera dengan isterinya Cik Puan Besar dari Patani, dan dua putera dari isteri anak Datuk Pulau Manis (Syeikh Abdul Malik bin Syeikh Abdullah) iaitu Ku Tana Mansur dan Ku Embong tetapi ada cerita menyatakan Ku Tana Mansur itu dari isteri baginda yang berkahwin di Kampung Langgar (boleh jadi dialah anak Tuk Pulau Manis). Menurut cerita, ketika putera bungsunya yang bernama Ku Tana Mansur lahir ke dunia, Datuk Pulau Manis telah mengazan dan qamat bagaimana yang disunatkan oleh agama, serta berdoa memohon diberkati putera itu dan khabarnya beliau telah meramalkan putera ini akan menjadi pemerintah yang masyhur.
Ku Tana Mansur dari kecil lagi telah menunjukkan beberapa sifat yang luar biasa kewibawaan dan keistemewaan kebolehannya, hingga ada cerita yang menyatakan baginda kebal tidak lut senjata. Apabila ayahandanya Sultan Zainal Abidin mangkat, ketiga-tiga putera yang sulung telah sepakat menolak takhta Seri Paduka ayahandanya dan bersetuju menyerahkan takhta kerajaan itu kepada adiknya Ku Tana Mansur yang pada ketika itu baharu berusia 11 tahun. Dari semenjak itu, Ku Tana Mansur dikenali dengan nama Tun Dalam atau Tun Kechik juga dikatakan bergelar Yang Dipertuan Raja Kechik. Oleh kerana beliau masih kecil, maka pemerintahan negeri dijalankan oleh Tun Husain Bendahara, saudara sepupunya, dan menurut setengah riwayat dikatakan oleh Ku Tana Wangsa kekandanya.
Begitulah serba sedikit ceritera yang empunya ceritera.
Rujukan ;
_____, Buku Sejarah Terengganu Darul Iman.
No comments:
Post a Comment