Hari ini pengkaji cuba menyelami apa yang berlaku sebenarnya di Mesir sekarang ini. Pengkaji telah membuat sedikit penyelidikan tentang isu ini. Isu ini bermula apabila pihak pembangkang ingin memprotes dan mahu Presiden Mursi berundur dari Presiden. Atau dengan kata lain, pihak pembangkang ingin menggulingkan pihak kerajaan. Sebelum ini, Husni Mubarak-dari parti pembangkang yang berjaya menerajui kerajaan, juga pernah digulingkan oleh pihak Kerajaan-yang kalah dalam pilihan raya. Kes ini hampir sama kisahnya. Cuma yang membimbangkan sekarang ini ialah campurtangan dari pihak luar misalnya Israel dan Amerika Syarikat yang mendakwa tindakan keras pihak Kerajaan yang telah melepaskan beberapa das tembakan kepada perusuh bertentangan dengan aspirasi rakyat Mesir. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Negara Amerika, John Kerry (Mustapa Omar, 2013).
Kaherah kembali terbakar. Api kemarahan pengikut Ikhwanul Muslimin (Kerajaan) hampir sama maraknya dengan api yang membakar puluhan bangunan, kenderaan dan apa saja yang mudah dimamah api. Mayat rentung bertebaran dicelah puing runtuhan kota bersejarah itu (Mustapa Omar, 2013). Tentera Mesir seperti sudah hilang kewarasan. Mereka menghukum perusuh tanpa rasa bersalah. Peluru hidup yang dilepaskan daripada senjata mereka hinggap pada tubuh saudara seagama. Kegilaan membuatkan mereka terlupa siapa musuh yang sebenarnya. Tembakan itu dibuat disebabkan provokasi kuat dan desakan melampau yang dilakukan oleh pembangkang ditambah lagi campurtangan dunia luar telah membakar api kemarahan Pihak Kerajaan. Mungkin ketika ini Zionis-Israel dan sekutunya Amerika Syarikat tertawa sambil tepuk tangan melihat umat Islam berbunuhan sesama sendiri. Mungkin juga ketika ini pemimpin Yahudi berpesta kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk menghuru-harakan dunia Arab (Mustapa Omar, 2013).
Ternyata, mendung yang menyelubungi bumi Mesir semakin sukar untuk kembali cerah. Sikap presif tentera Mesir terhadap penyokong Mursi yang berjaya disingkir, jika tidak dibendung mungkin menyebabkan konflik berdarah itu berpanjangan. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, ribuan rakyatnya terkorban manakala beribu-ribu lagi cedera. Tentera penyokong Mursi menggunakan pelbagai cara untuk memerangi rakyat jelata yang menentangnya. Bukan sekadar bangunan awam, malah masjid dan hospital turut menjadi sasaran. Lebih parah lagi apabila serangan terhadap orang awam turut disertai anggota Polis Mesir. Mereka menceroboh hospital sementara di Rabaah, Mesir, menembak mati pesakit yang menerima rawatan dan menyerang keluarga syuhada yang berhimpun di Masjid. Tindakan tentera ganas yang dipimpin oleh Abdul Fatah As-Sisi itu menyebabkan pemimpin Mesir telah berpecah. Timbalan Presidennya, Muhammad El-Baradei telah meletak jawatan kerana kecewa apabila Presiden Adly Mansur dilihat seolah-olah menyokong keganasan tentera tersebut (Mustapa Omar, 2013).
Isu provokasi dan desakan melampau ini tercetus disebabkan banyak faktor antaranya ialah Mursi ingin membuka sempadan Mesir-Palestin, laluan terowong bawah tanah terhadap pelarian Palestin yang ditindas oleh Israel. Dengan pembukaan terowong ini, Israel nampaknya tidak senang dengan tindakan Mursi itu. Maka terjadilah campurtangan dunia luar untuk menghuru-harakan keadaan. Kedua, Mursi adalah pendukung Sunni (Ikhwanul Muslimin). Ini juga tidak disenangi oleh Israel dan Amerika Syarikat yang akan menggagalkan rencananya. Ketiga, ini mungkin juga dendam dari Husni Mubarak yang pernah digulingkan sebelum ini.
Konflik berdarah di Mesir sememangnya sangat menakutkan. Kekejaman dan pembunuhan dilakukan anggota keselamatan menyebabkan rasa marah rakyat semakin membuak. Bantahan kini dikatakan merebak ke beberapa bandar lain di negara itu. Apakah kesudahannya nanti ? Di sebalik kecaman dan bantahan di seluruh dunia, belum nampak sebarang usaha penyelesaian yang konkrit. Kita tidak mahu konflik ini berlarutan seperti berlaku di Kuwait, Iraq, Syria, Libya dan Afghanistan (Mustapa Omar, 2013).
Begitulah serba sedikit ceritera yang empunya ceritera.
Rujukan :
Mustapa Omar (2013). Konflik. Harian Metro-Ahad : Halaman 19.
No comments:
Post a Comment