Semalam, peluang untuk Real Madrid memintas Barcelona dan pendahulu liga Atletico Madrid berkecai apabila sekadar seri 1-1 dengan Real Valladolid. Pada minit ke-35, Real Madrid didepan menerusi jaringan Sergio Ramos. Namun, pada minit ke-85, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut selepas Via Osorio menanduk bola tersebut tepat ke gawang gol Real Madrid.
Dengan keputusan ini, The Catalan [Barcelona] kembali bernafas dan mempunyai peluang untuk menjuarai La Liga musim ini kerana Barcelona akan melayani Atletico Madrid di laman sendiri pada perlawanan terakhir La Liga. Atletico Madrid hanya memerlukan seri di Nou Camp. Jika seri, Atletico Madrid bakal dinobatkan sebagai juara. Barcelona kini bolehlah diumpamakan " Sebutir peluru, Segenggam Harapan ". Mereka perlu menang dalam perlawanan ini bagi memastikan La Liga musim ini milik Barcelona. Mampukah Barcelona menjadi juara La Liga musim ini ?
No comments:
Post a Comment