Thursday, 15 May 2014

Catur III : Asas Dalam Catur Dan Nilai



Dalam permainan catur, ia terbahagi kepada tiga fasa iaitu permulaan (Opening), pertengahan (Middle) dan pengakhiran (Ending). 
  1. Fasa pertama, pemulaan : Dalam fasa ini, pemain perlu bijak iaitu bagaimana pemain memulakan sesuatu permainan ? Misalnya, mula dengan bidak (pawn) ditengah, bidak ditepi atau pun mula dengan  kuda (knight). Menurut beberapa tokoh pencatur dunia seperti Garry Kasparov, jika pemain bermain warna putih, mulakanlah pawn ditengah (english opening), ataupun (sicillian opening) iaitu memulakan pawn dihadapan bishop yang berada di king side. Dalam catur, permulaan adalah sangat penting. Begitu juga dalam kehidupan kita seharian, kita perlu memulakan langkah kanan ketika keluar dari rumah. Juga bertawakal kepada Allah s.w.t.
  2. Fasa kedua, pertengahan : Apabila pemain sudah memulakan sesuatu permainan, pemain perlu mengatur strategi, taktikal dan serangan. Biasanya, pemain yang bermain warna putih sinonim dengan attacking iaitu menyerang. Manakala warna hitam pula, sinonim dengan bertahan dan melakukan counter attack iaitu (serangan balas) jika ada peluang untuk menyerang. Tetapi, bertahan sepanjang masa adalah tidak disyorkan melainkan mempunyai kubu pertahanan yang kuat. Begitu juga dalam kehidupan kita seharian, diusia muda kita ini, habiskanlah usia kita ke jalan yang baik iaitu melakukan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan yang dilarang.
  3. Fasa ketiga, pengakhiran : Dalam fasa ini, pemain perlu tahu taktikal bagaimana mematikan gerak langkah king lawan. Jika tidak, kebarangkalian akan berlaku stalemate atau seri. Ending yang kuat sudah pastinya membuahkan kejayaan. Begitulah sebaliknya. Dalam kehidupan kita seharian, apabila tiba saat kematian kita, dan kita berjaya mengucap dua kalimah syahadah, sudah tentunya kita mendapat tiket untuk ke syurga.
Kesimpulannya :
  1. Alangkah indahnya jika permulaan hidup kita baik, pertengahan hidup kita baik dan pengakhiran hidup kita juga adalah baik.
  2. Alangkah beruntungnya jika permulaan hidup kita tidak baik, pertengahan hidup kita tidak baik tetapi pengakhiran hidup kita adalah baik.
  3. Alangkah ruginya jika permulaan hidup kita baik, pertengahan hidup kita baik tetapi pengakhiran hidup kita tidak baik.
  4. Dan alangkah malangnya jika permulaan hidup kita tidak baik, pertengahan hidup kita tidak baik dan pengkahiran hidup kita juga adalah tidak baik.


No comments:

Post a Comment