Friday, 22 May 2015

Hak Kebebasan

Menurut Dato' Dr. Haron Din seorang pendakwah dan ikon agama Islam di Malaysia, Islam menetapkan hak kebebasan bagi tiap-tiap insan sejak mula dia dilahirkan ke dalam dunia ini. Tiap-tiap insan  diperanakkan dengan bebas. Sebab itu Umar bin Khattab berkata, bagaimanakah kamu memperhambakan manusia padahal dia diperanakkan dengan bebas ?

Tegasnya lagi, hak kebebasan manusia tidak perlu dilucut melainkan pada keadaan darurat, iaitu semasa mempertahankan kemerdekaan dan keselamatan bagi umat Islam. Pada masa musuh Islam dapat mengalahkan kaum muslimin mereka melucutkan hak ini dan menjalankan penindasan serta cengkaman ke atas kaum muslimin. Hak-hak kebebasan itu merangkumi kebebasan bersuara, kebebasan berfikir, kebebasan beragama dan lain-lain. 

Teras atau pokok bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran. Seorang muslim berhak melahirkan pendapat atau fikirannya tanpa diganggu undang-undang. Begitu juga halnya dalam kebebasan beragama. Allah s.w.t menjelaskan dalam surah al-baqarah, " tidak ada paksaan dalam beragama,". Bukannya pula apabila seseorang individu yang melahirkan anak, anak itu pula bebas memilih agama. Itu adalah salah. Maksudnya di sini ialah masyarakat di Malaysia ini bebas mengamalkan agama masing-masing iaitu Budha, Kristian, Islam dan Hindu. 

Allah s.w.t memberikan garis kasar kepada negara Islam iaitu mereka yang diberi kuasa di bumi, maka mereka menggunakan kuasa politik bagi menegakkan 4 strategi  demi kebajikan dan kebaikan masyarakat iaitu :
  1. Menyuruh rakyat menunaikan solat
  2. Menyuruh rakyat mengeluarkan zakat
  3. Menggunakan kuasa politik bagi menyuruh rakyat melakukan kebajikan
  4. Menggunakan kuasa untuk melarang rakyat daripada melakukan kemungkaran
Semua ciri kebebasan yang disebutkan di atas adalah terikat dengan muslihat umum atau kepentingan orang ramai. Muslihat umum perlu dikawal dalam Islam. Sebaliknya muslihat umum jangan pula menghancurkan muslihat individu. Jadi kebebasan dalam Islam adalah terikat dengan garis hukum-hukum Allah demi keselamatan manusia sendiri.

Sultan Kedah pernah berkata, "Jika rakyat cintakan keamanan dan kedamaian seperti beta, maka gunakanlah kebebasan dan hak bersama ini dengan berhemah".

'Keadilan Islam membebaskan manusia, bukan memenjarakan,' Dato Dr. Haron Din.


Rujukan :

Dato' Dr. Haron Din (2007). Islam Keadilan Membebaskan Manusia. Selangor : PTS Millenia Sdn. Bhd.



Tuesday, 19 May 2015

Bola Sepak IV : Arsene Wenger Mahu FA Cup Kekal Di Emirates


Selepas kejayaan Arsenal memenangi FA Cup 2014 dan Community Shield 2015, Arsene Wenger telah mengingatkan anak-anak buahnya agar FA Cup kekal di Emirates. Pada 30 Mei 2015 nanti, Arsenal sekali lagi mara ke final bertemu dengan Aston Villa yang akan dilangsungkan di Stadium Wembley.

Dalam aksi BPL pula, Arsenal dilandasan yang baik di mana menduduki tangga ke-3 dengan berbaki 2 perlawanan. Selepas berjaya mengikat seri Manchester United di Old Traford, Arsenal berazam memenangi 2 baki perlawanan yang menyaksikan berdepan dengan Sunderland dan West Bromich sambil mengharapkan Manchester City tewas di perlawanan ke-38. Jika Manchester City tewas, maka Arsenal akan menduduki di tempat ke-2 dalam liga BPL musim ini. Mampukah The Gunners mengekalkan FA Cup di Emirates ?


Oleh : Tongkat Besi.




Hiburan IX : Cakar [Amuk]


Bercakaran ayam rebut padi
Bercakaran padi rebut jerami
Bercakaran parti rebut undi
Bercakaran tokoh nak jadi YB

Cakar bercakar
Muka pula bercalar

Bercakaran guruh rebut petir
Bercakaran petir merebut banjir
Bercakaran orang datang hasil
Bercakaran kita lidah terjelir

Cakar bercakar
Muka pula bercalar

Bercakar bercalar
Muka siapa?
Bercalar maruah
Malu-malu kita

Bercakar bercalar
Muka siapa?
Bercalar maruah
Malu kita!

Fikir-fikir sebelum bercakaran
Fikir-fikir sebelum hayunkan tangan
Yang bercakar sebangsa dan sebumi
Yang bercalar wajah-wajah yang sendiri

Bercakaran kita jadi jaguh
Bercakaran jaguh nak jadi hero
Bercakaran hero sampai subuh
Bercakaran subuh dengan dengkur

Cakar bercakar
Muka pula bercalar

Bercakaran kita nak mencipta
Bercakaran ciptalah yang kaya
Bercakaran tua kahwin muda
Bercakaran muda kejar yang tua

Cakar bercakar
Muka pula bercalar

Bercakar tercalar
Muka siapa?
Tercalar maruah
Malu-malu kita

Bercakar bercalar
Muka siapa?
Tercalar maruah
Malu kita!

Fikir-fikir sebelum bercakaran
Fikir-fikir sebelum hayunkan tangan
Yang bercakar sebangsa dan sebumi
Yang bercalar wajah-wajah yang sendiri


Lagu: Mohalim
Lirik: Siso
Nyanyian : Bandi, Amuk


Monday, 18 May 2015

Bola Sepak III : Luis Enrique [Barcelona] Idam 3 Trophy


Selepas zaman kegemilangan Pep Guardiola yang membawa Barcelona meraih kejayaan 3 tropi pada tahun 2009/2010 iaitu Juara La Liga, Juara Champions League dan Copa Del Ray. Pada tahun 2010/2011, Barcelona sekali lagi memenangi 3 tropi iaitu Juara La Liga, Champions League dan Super Europa.

Kejayaan Pep Guardiola itu cuba diikuti oleh Luis Enrique pada musim ini 2014/2015 yang mana membawa Barcelona dilandasan 3 tropi. Terbaru, Barcelona sah menjadi juara La Liga musim ini setelah menewaskan Atletico Madrid semalam dengan jaringan 1 gol 0 hasil jaringan Leonal Messi. Dalam kempen Copa Del Rey, Barcelona akan menentang Athletic Bilbao pada 30 Mei nanti. Manakala dalam Piala Champions League, Barcelona akan bertemu dengan kelab dari Itali iaitu Juventus. Mampukah Barcelona meraih 3 tropi musim ini ?


Oleh : Tongkat Besi


Sunday, 17 May 2015

Hiburan VIII : Bahlol [XPDC]


Bingai lagi hidup ini
Nak cari makan susah sangat
Mahu ronda kota raya
Lepak kejap pasar budaya

Dan toleh kanan toleh kiri
Nampak batang hidung sendiri

Banyak susah cari makan
Semuanya ada halangan
Orang buncit makan daging
Yang kurus makan ikan masin

Apa punya bahalol dia
Kasi orang pijak kepala

Orang putih sudah balik
Kini tinggal yang hitam putih
biar papa asal bergaya
Bukan musim bukan action

Tak tahu bertanya
Sesat jalan nanti meraba
Tepuk dada tanya selera
Tutup mata pekak telinga ...


Lagu  Oleh : J.S. Kevin
Lirik Oleh : J.S. Kevin
Nyanyian Oleh : Mael XPDC


Friday, 15 May 2015

Catur IV : Catur Adalah Permainan Perang

Mungkin permainan catur tidak wujud kalau tidak kerana kekalahan Raja Dzahir dalam satu peperangan yang masyhur ketika itu. Mungkin juga ia merupakan satu kebetulan. 

Raja Dzahir adalah keturunan daripada raja-raja yang terkenal, sebenarnya baginda adalah seorang raja yang arif, terpelajar dan baik hati. Sind adalah negeri di bawah pemerintahan baginda iaitu pada tahun 600 M. la terletak di kaki Gunung Himalaya. Ibu negeri Sind, Rupar yang terletak di Sungai Sutlej melambangkan kemasyhuran yang dikecapi oleh rakyat baginda. 

Bagi menjamin kebahagiaan rakyat dan mempertahankan negara dari ancaman luar terlintas difikiran Raja Dzahir untuk mempertahankan Sind daripada penaklukan Barbarian. Berita mengenai rampasan harta benda yang berlaku di wilayah Alamjaipur akhirnya sampai ke istana. Perasaan optimis terhadap penaklukan ke atas wilayahnya, maka Raja Dzahir mengadakan Majlis Peperangan. 

Senathi (Ketua Turus Angkatan Tentera), Sage Shobe (Perdana Menteri), Menteri-menteri, Permaisuri dan lain-lain pegawai istana turut serta di dalam Majlis Tentera. Musuh yang akan dihadapi mereka ialah Barbarian. Musuh mereka bukanlah mudah untuk ditewaskan. Mereka adalah orang-orang yang berkelakuan kejam dan begitu mahir dalam selok-belok peperangan. Oleh kerana perjalanan yang begitu jauh orang-orang Barbarian ini pun secara kebetulan sedang mencari tempat untuk berteduh. Jadi negeri Sind dipilih kerana kesesuaian dengan kehendak mereka, orang-orang Barbarian memilih negeri Sind kerana jalan yang strategik untuk peperangan. 

Di dalam mesyuarat Majlis Peperangan itu Senathi memberi laporan bahawa senjata-senjata sudah berkarat, kuda-kuda dan penunggangnya gemuk dan malas. Ini di sebabkan peperangan yang sudah lama terhenti. Apabila Raja Dzahir mendengar laporan tersebut baginda telah memberi arahan supaya membuat perubahan terhadap angkatan tenteranya dengan segera. 

Lama-kelamaan pertempuran dipersekitaran sempadan semakin kerap dan sengit. Arahan untuk memusnahkan tentera Barbarian dan penangkapan Raja Barbarian telah dikeluarkan dengan segera pada suatu hari yang ditetapkan oleh Raja Dzahir. Pertempuran yang dirancang ini sepatutnya berlaku ditepian Sungai Sutlej. Raja Dzahir dan Permaisuri melihat pertempuran itu di istana yang dikawal ketat. 

Pertempuran bertambah sengit di sana-sini. Perkataan "Perang! Perang!" dilaung-laungkan. Banyak mayat-mayat bergelimpangan dan kuda-kuda mati di medan peperangan. Tentera-tentera Sind yang begitu bersemangat untuk berperang telah lupa dan abaikan pertahanan di istana. Jeneral Barbarian mencari kesempatan ini untuk menyerang istana dan memberi arahan kepada sebahagian tenteranya supaya memberi perhatian yang secukupnya kepada tentera Sind di medan pertempuran. 

Tidak berapa lama, kubu Kuat Raja Dzahir jatuh ke tangan tentera Barbarian dan Rupar (ibu negeri Sind) telah jatuh dan peperangan pun berakhir. Raja Dzahir, permaisuri, Sage Shobe dan negeri Sind ditawan. 

Sekarang Raja Dzahir sungguh merana dan menyalahi dirinya tentang kekalahan tenteranya. Permaisuri Sind sedih melihat kehidupan dan keadaan suaminya seharian. Maka Sage Shoba diminta untuk memberi nasihat. Sage Shoba berjanji akan menyelamatkan keadaan suaminya. 

Setelah beberapa hari berfikir dan merenung keadaan, Sage Shoba membuat kesimpulan iaitu memberi ketenangan jiwa terhadap Raja Dzahir, pemikiranya hendaklah dijauhkan dari kekalahan tenteranya. Maka Sage Shoba mencipta suatu permainan seolah-olah berada dalam medan peperangan dan dalam bentuk kotak-kotak kecil. Di atas kotak-­kotak kecil ini ada Raja, Permaisuri, tentera berkuda dan tentera bergajah serta kubu pertahanan. Beliau tidak memberitahu Raja Dzahir yang ini merupakan satu permainan tetapi cuba membawa baginda menganalisa kekalahan tenteranya. 

Permaisuri di antara mereka bermain sehingga berlanjutan beberapa hari. Masing-­masing mengatur serangan dengan penuh ketelitian. Setelah mahir dan dapat menguasai permainan ini, dengan pergerakan tentera­-tenteranya di medan peperangan. Maka Raja Dzahir mengambil keputusan untuk mengadap Raja Barbarian. Kepada Raja Barbarian, Raja Dzahir menunjukkan dan menerangkan kedudukan tenteranya di dalam medan peperangan dan ini telah menarik minat Raja Barbarian. 

Lama kelamaan permainan ini telah merapatkan kedua-dua Raja tersebut. Raja Barbarian berpendapat Raja Dzahir adalah seorang yang bijak dan patut dihormati. Dengan itu Raja Barbarian mengambil keputusan untuk mengembalikan negara Sind kepada Raja Dzahir. Raja Barbarian membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang cemerlang dalam permainan ini sudah tentulah dia seorang yang bijak. 

Permainan ini dipanggil Chaturanga dan setelah melalui beberapa generasi permainan ini akhirnya diberi nama Catur.


Rujukan :

Karangan asal : The War Game (A Fictions of the Origin of Chess). __________________ .



Tuesday, 12 May 2015

Puisi VI : Talibun Menyahut Panggilan

Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil

Yang capik datang bertongkat
Yang buta teraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta penghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh ...


Rujukan :

Rahman Shaari (2002). Bimbingan Istilah Sastera. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.