Saturday, 2 May 2015

Rasuah II : Bila Rasuah Berleluasa

Daripada Mu'az Bin Jabal, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian.. Tetapi, apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya." [Hadis riwayat Thabrani & Abu Nu'aim].

Keterangan oleh Noorazam Yaakob [2012] :

Pada akhir zaman, rasuah akan berleluasa dalam masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan serta untuk mendapatkan kemudahan daripada pihak yang berpangkat dan berkuasa. Dalam keadaan yang sebegini rupa, manusia sudah tidak memperdulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi, yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan daripada setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.

Rasuah wujud di segenap tempat dan segenap lapisan masyarakat. Jika diperingkat masyarakat bawahan, kita dapat lihat fenomena ini dalam kes merasuah polis, kastam, JPJ dan beberapa agensi lagi untuk menutup kesalahan mereka daripada didakwa ataupun di saman. Ada juga merasuah pensyarah dan dekan-dekan ataupun yang berkuasa dalam proses  penganugerahan ijazah mahupun sijil.

Di samping itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang terlibat dalam perniagaan yang merasuah pihak-pihak tertentu untuk meluluskan projek yang dibuatnya. Keadaan ini bukan sahaja terlibat dalam sektor pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, perniagaan malahan turut melibatkan bidang kehakiman. Maka di sini kita dapat lihat bagaimana yang bersalah dapat dilindungi daripada dihukum. Sebaliknya pula yang berlaku. Ini bermakna, sistem keadilan pun boleh dijual-beli. Paling menyedihkan kita, apabila gejala rasuah ini turut melibatkan ahli-ahli politik yang memimpin negara. Mereka menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut keuntungan peribadi dan mengetepikan kepentingan rakyat (Noorazam Yaakob, 2012).

Bagi masyarakat bawahan, nilai rasuahnya mungkin bernilai hanya ratusan tinggit. Tetapi, bagi golongan atasan, bagaimana pula nilai rasuah mereka ? Sudah tentu jutaan ringgit bukan ? Biar berapa pun nilainya, gejala rasuah memang amat keji dan satu jenayah. Dalam agama Islam, rasuah adalah haram.


Rujukan :

Noorazam Yaakob (2012). Peringatan Rasulullah s.a.w : Peristiwa Akhir Zaman. Johor Bahru : Pustaka Azhar.





Saturday, 25 April 2015

Rasuah : Ada 6 Tipologi Menurut Syed Hussien Al Atas

Rasuah! Sebut saja perkataan tersebut, semua orang tahu mengenainya. Bagi pengkaji, pengkaji tidak perlu lagi menerangkan secara terperinci mengenainya. Bagaimanapun, menurut Syed Hussien Al Atas (1995), ada 6 tipologi maksud rasuah. Berikut adalah 6 tipologi yang dimaksudkan oleh Syed Hussien Al Atas :
  1. Rasuah Transaktif : rasuah transaktif bermaksud perbuatan kesepakatan timbal balik antara pihak pemberi dan penerima demi keuntungan kedua belah pihak dengan aktif diusahakan tercapainya keuntungan ini oleh kedua-duanya.
  2. Rasuah Memeras : erti rasuah jenis ini, pihak pemberi dipaksa untuk menyuap guna bagi mencegah kerugian yang mengancam dirinya, kepentingannya atau orang-orang dan hal-hal yang dihargainya. Pihak pemberi dipaksa untuk melakukan rasuah bagi mengelakkan sebarang kerugian yang bakal menimpa dirinya atau kepentingannya.
  3. Rasuah Investif : rasuah jenis ini pula bermaksud satu pemberian barang atau jasa tanpa ada pertalian langsung dengan keuntungan tertentu, selain keuntungan yang dibayangkan akan diperoleh di masa akan datang.
  4. Rasuah Perkerabatan : rasuah jenis ini membawa maksud penunjukkan yang tidak sah terhadap teman atau sanak saudara untuk memegang jawatan dalam pemerintahan, atau tindakan yang memberikan perlakuan yang mengutamakan dalam bentuk wang atau bentuk-bentuk lain kepada mereka secara bertentangan dengan norma dan peraturan yang berlaku. 
  5. Rasuah Defensif : rasuah defensif bermaksud perilaku korban rasuah dengan pemerasan dalam rangka mempertahankan diri atau rasuah yang dilakukan oleh seseorang untuk mempertahankan dirinya.
  6. Rasuah Autogenik : rasuah autogenik pula dilakukan oleh seorang diri atau secara individu. Salah satu bentuk rasuah yang tidak melibatkan orang lain dan pelakunya hanya seorang sahaja.

Rujukan :

Syed Hussien Al Atas (1995). Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsinya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



Monday, 6 April 2015

Kisah David Moyes Calar Rekod Manchester United



David Moyes yang dilahirkan pada tahun 1963 di United Kingdom merupakan pengurus Manchester United yang paling terburuk dalam sejarah bola sepak Manchester United. Sebelum Sir Alex Ferguson mengundurkan diri, beliau sendiri telah memilih David Moyes sebagai penggantinya sehinggakan mendapat gelaran 'the chosen one".

Sir Alex Ferguson ternyata tersilap memilih penggantinya sehinggakan David Moyes mencatatkan keputusan terburuk di mana Manchester United menduduki ditangga ke-7 dalam BPL 2013/2014 sekaligus mencalar rekod Manchester United di mana kelab itu gagal bersaing dalam UEFA Champions League dan EUROPA League buat kali pertama. David Moyes hanya mencatatkan kemenangan dalam Piala Community Shield 2014 [Piala Sumbangsih]. Selainnya gagal dan tewas.

Kini, Manchester United dilandasan yang baik di mana Louis Van Gaal sebagai peneraju Manchester United menggantikan David Moyes yang dipecat telah mengubah taktikal, strategi dan corak permainan Manchester United. Walau bagaimanapun, Louis Van Gaal telah membuat kenyataan bahawa beliau perlukan masa setahun atau dua tahun lagi untuk membentuk semula Manchester United yang gagal memenangi sebarang trofi musim ini. Namun begitu, kredit harus juga diberikan kepada beliau kerana telah mencuba sebaik mungkin untuk memastikan Manchester United melakar kejayaan.


Oleh : Tongkat Besi



Tuesday, 10 March 2015

Jenayah II : Rumah Kapten Bola Sepak Pahang Ditembak

KUANTAN, 11 Mac [Bernama] - Lima das tembakan dilepaskan ke arah rumah kapten pasukan bola sepak Pahang, Mohd Razman Roslan, di Lorong Kubang Buaya 35 di sini tengah malam tadi, mengakibatkan pecah cermin belakang kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan di hadapan rumah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad, dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu, kapten skuad Tok Gajah berusia 31 tahun itu dilaporkan sedang berehat bersama anggota keluarganya sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan yang dilepaskan secara rambang.

Beliau berkata sejurus selepas mendengar bunyi tembakan, Razman bergegas keluar rumah dan mendapati cermin kenderaan miliknya itu pecah akibat terkena tembakan.

"Bagaimanapun tiada anggota keluarganya yang tercedera dalam kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata Razman kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan gerakan bagi mengesan pihak yang terlibat dalam kejadian itu telahpun dijalankan.

Katanya motif kejadian juga masih disiasat dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian berhubung kejadian itu.

Bagi pengkaji, teringat pula kisah Piala Dunia di USA pada tahun 1994. Pada ketika itu, Andreas Escobar pemain bola sepak Colombia telah ditembak mati hanya kerana menjaringkan gol sendiri ketika menentang USA. Escobar telah ditembak mati dengan 12 das tembakan ketika beliau menaiki keretanya di salah sebuah Car Park di USA. Menurut akhbar di eropah, kematian Escobar itu dikaitkan dengan Bookie. Pada perlawanan di antara Colombia vs USA, ramai bookie memilih Colombia sebagai pemenang. Namun, sebaliknya pula yang berlaku di mana Colombia tewas dalam perlawanan itu.

Rujukan : 

BERNAMA



Wednesday, 4 March 2015

Hujan : Aku Skandal


Kan ku berikan semua 
Agar kau gembira sentiasa 
Engkau tetap pergi 
Pergi meninggalkan ku sendiri 
Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima 
Engkau tetap pergi 
Pergi meninggalkan ku

Waktu duka dulu kita lalui bersama 
Bahagia bagaikan malam di temani Bintang terang 
Hancur hati bila kau undurkan diri 
Meninggalkan daku 
Meninggalkan ku sendiri

Senyuman manis dibawa angin 
Ku tunggu dikau terasa dingin 
Engkau tetap pergi 
Pergi meninggalkan ku sendiri 
Jangan di simpan tiada rahsia 
Katakan saja ku terima 
Engkau tetap pergi 
Pergi meninggalkan ku sendiri

Lirik dan Lagu Oleh : Noh
Nyanyian Oleh : Hujan


Tuesday, 3 March 2015

Jenayah : Siapa Bunuh Elizabeth Short atau [Black Dahlia] ?


Dalam sejarah Los Angeles, ada satu pembunuhan yang menarik perhatian diseluruh dunia. Bahkan setelah 60 tahun berlalu, kes ini secara rasmi dianggap sebagai misteri. Korbannya cuma seorang, namun karakteristik pembunuhan ini begitu keji sehingga kes ini mendapat tempat khusus di media. Kes ini disebut sebagai pembunuhan Black Dahlia.

Pada 15 Januari 1947, Betty keluar dari rumahnya di Los Angeles sambil membawa anak perempuannya yang masih berusia 3 tahun menuju ke sebuah kedai kasut. Ketika sampai di Leimert Park, Norton 39th. Betty dan anaknya lalu di beberapa bidang lahan kosong yang ditumbuhi dengan semak-samun.

Tidak berapa lama kemudian, mata Betty terpaku pada sesuatu berwarna putih di dalam semak. Objek itu kelihatan seperti bangkai yang telah terpotong dua. Dipenuhi rasa ingin tahu, Betty mendekati objek itu. Sesaat kemudian, ia terkejut dan mendapati mayat seorang wanita berkulit putih yang telah terpotong dua.

Polis segera dihubungi dan beberapa waktu kemudian, dua orang polis bernama Frank Perkins dan Will Fitzgerald tiba di lokasi.

Mayat wanita itu terbaring dan telentang dengan lengan yang terangkat di atas bahunya. Kedua kakinya terbuka lebar dalam pose yang vulgar. Luka dan calar memenuhi seluruh tubuhnya. Mulutnya ditoreh manakala pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lehernya, terlihat adanya kesan ikatan tali sehingga para penyelidik mendakwa beliau telah diikat dan diseksa selama beberapa hari.

Polis mendakwa beliau telah dibunuh di suatu tempat dan mayatnya dibuang ke dalam semak pada malam hari. Kes mengerikan ini dengan segera menjadi tugas utama Polis Los Angeles (LAPD) yang kemudian menugaskan detektif Harry Hansen dan rakannya Finis Brown untuk menyiasat kes pembunuhan itu. Ketika detektif itu tiba di lokasi, mereka menemui beberapa barang milik mangsa di tempat kejadian. Hansen segera membuat liputan di media massa mengenai penemuan barang-barang tersebut. Namun, kes itu akhirnya ditutup.


Arnold Smith [Suspek Utama]

Pada tahun 1981, [puluhan tahun setelah pembunuhan itu terjadi], ada satu petunjuk penting mengenai pembunuhan misteri tersebut. Waktu itu, seorang detektif LAPD bernama John St.John menerima informasi mengenai Black Dahlia dari seorang informer.

St.John atau dikenali sebagai detektif hebat yang banyak menangani kes pembunuhan telah mengambil alih kes ini. Suatu hari, seorang informer datang kepadanya dan memberikan sebuah pita rakaman pengakuan dari seseorang yang membunuh Black Dahlia. Lelaki dalam pita rakaman itu telah menunjukkan beberapa foto dan barang-barang peribadi yang didakwanya milik mangsa.

Lelaki itu bernama Arnold Smith. Dalam rakaman itu, Smith mendakwa bahawa rakannya yang bernama Morrison yang juga seorang pelaku kejahatan seksual telah membunuh dan menyeksa mangsa.

Selain pengakuan, rakaman itu juga menceritakan tentang bagaimana mangsa dibunuh. Smith mendakwa mangsa telah datang ke kamar Morrison di Hollywood kerana ia tidak mempunyai tempat untuk menginap. Morrison telah membawa mangsa ke sebuah rumah di East 31st berhampiran dengan San Pedro dan mengajaknya melakukan hubungan seks yang kemudian ditolak oleh mangsa. Akibat daripada itu, Morrison menjadi marah dan menganiaya mangsa yang kemudian menyebakan kematian mangsa.

Informasi ini diketahui di Pers. Media dihebohkan dengan kemungkinan adanya dakwaan baru dalam kes pembunuhan Black Dahlia. Akibatnya, Arnold Smith telah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi. Informer St.John tidak mengetahui di mana Smith menetap, namun beliau telah meninggalkan beberapa pesan untuk Smith supaya mereka bertemu. Akhirnya, pesanan itu dibalas dan Smith bersedia bertemu dengan St.John.

Beberapa hari sebelum pertemuan itu, Smith telah dibunuh dalam keadaan yang mengerikan di atas tempat tidurnya di Holland Hotel. Smith diduga merokok ketika ia tidur sehingga tubuhnya terbakar bersama tempat tidurnya dan dokumen-dokumen lainnya yang diduga milik mangsa.

Kematian Smith memang agak mencurigakan, namun polis tidak menemukan bukti adanya kejahatan di dalam peristiwa itu. Misteri di dalam misteri. Dengan kematian Smith, salah satu kunci yang mungkin boleh merungkai misteri pembunuhan Black Dahlia telah lenyap untuk selama-lamanya.

Mungkinkah Arnold Smith pembunuh Black Dahlia ? atau Arnold Smith tidak sempat membongkar kisah pembunuhan Dahlia ataupun Arnold Smith hanyalah sebagai Kambing Hitam sahaja. Bagaimana pula dengan Morrison ?


Rujukan :

Majalah Infiniti. 2014. Misteri Pembunuhan Black Dahlia.




Sunday, 1 March 2015

Westlife : Fool Again



Baby, I know the story
I’ve seen the picture
It’s written all over your face
Tell me, what’s the secret
That you’ve been hiding
Who’s gonna take my place

I should’ve seen it coming
I should have read the signs
Anyway…I guess it’s over

Can’t believe that I’m the fool again
I thought this love would never end
How was I to know
You never told me
Can’t believe that I’m the fool again
And I who thought you were my friend
How was I to know
You never told me

Baby, you should’ve called me
When you were lonely
When you needed me to be there

Sadly, you never gave me two many chances
To show how much I care

I should’ve seen it coming
I should have read the signs
Anyway…I guess it’s over

About the pain and the tears
Oh, Oh, Oh
If I could, I would
Turn back the time

I should’ve seen it coming
I should have read the signs
Anyway…I guess it’s over

Songwriters :

ELOFSSON, JORGEN KJELL / KREUGER, DAVID BENGT / MAGNUSSON, PER OLOF / ALESSANDRO, ROBSON ALESSANDRO COSTA / KARYNN, JOSE ARCHIMEDES BOTTEON JUNIOR